Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

48.7 Peratus Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 48.7 peratus atau 11,400,456 daripada keseluruhan populasi dewasa di...

Bekas Penjawat Awam Dihukum...

MELAKA - Seorang bekas penjawat awam dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Pakar Bedah Gila, Tukar...

CHINA -Inilah jadinya apabila manusia bijak menjadi 'gila'. Seorang pakar bedah yang telah...

Sindiket ‘Cuci Duit’: SPRM...

KUALA LUMPUR - Sembilan lagi pegawai kanan polis termasuk beberapa Ketua Polis Daerah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.Dengan perkembangan terbaru itu, sehingga ini seramai 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu disiasat oleh SPRM berkaitan kes berkenaan. Sebelum ini lapan pegawai dan anggota polis ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu.Sumber SPRM berkata, sembilan pegawai kanan itu dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini untuk diambil keterangan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.“Proses mengumpul keterangan sedang giat dijalankan dan sebanyak 736 akaun dibekukan dengan jumlah penyitaan lebih kurang RM101 juta.“Dua suspek utama kes ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk disambung reman esok,” katanya kepada Bernama hari ini.Sumber berkata, sebanyak 39 saksi telah dirakam percakapan manakala sembilan daripada 19 individu yang ditahan masih direman.“Gerakan mengesan saki-baki sindiket ini ditumpukan kepada agensi penguatkuasaan yang disyaki terlibat dan fasa seterusnya ialah memberi fokus kepada individu atau syarikat yang telah dikenal pasti terlibat dalam pengubahan wang haram.“Sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM (Datuk Seri Azam Baki) sebelum ini pihak-pihak yang terlibat diminta segera tampil ke SPRM bagi membantu siasatan sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka,” kata sumber itu.Sumber berkata, SPRM memberi masa selewat-lewatnya sehingga Isnin ini untuk mereka menyerah diri sebelum SPRM mengambil tindakan menahan mereka.“Individu dan syarikat yang telah dibekukan akaun mereka juga wajar tampil ke SPRM untuk memberi keterangan mereka. Jangan tunggu sehingga tindakan tegas diambil terhadap mereka,” kata sumber itu.Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya sebelum ini berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota pasukan itu yang ditahan.Beliau berkata, kesemua pegawai dan anggota polis yang ditahan itu disyaki salah guna kuasa melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang ringgit dan lain-lain.Semalam, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan ratusan syarikat dami yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa besar dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram. - Bernama

Terkini

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di...

Suami Isteri Disahkan Maut Akibat Lemas

Mersing : Suami isteri yang terbabit kemalangan sebelum kereta dinaiki mereka jatuh parit di...

2 maut, 5 cedera kereta bertembung SUV di Ledang

Tangkak : Dua maut, manakala lima lagi parah dalam kemalangan di Jalan Sagil-Jementah berhampiran...

Hamas Rekrut 15,000 Pejuang Sejak Bermula Perang Dengan Israel – Laporan

PASUKAN pejuang Palestin, Hamas telah merekrut antara 10,000 dan 15,000 anggota sejak bermulanya perang...

5 Lelaki Warga Asing Ditembak Cuba Serang Penguat Kuasa

Kuala Langat : Lima lelaki warga asing yang ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting,...

Tag: Sample Page Title

Sample post title 0

Sample post no 0 excerpt.

Sample post title 1

Sample post no 1 excerpt.

Sample post title 2

Sample post no 2 excerpt.

Sample post title 3

Sample post no 3 excerpt.

Sample post title 4

Sample post no 4 excerpt.

Sample post title 5

Sample post no 5 excerpt.

Sample post title 6

Sample post no 6 excerpt.

Sample post title 7

Sample post no 7 excerpt.

Sample post title 8

Sample post no 8 excerpt.

Sample post title 9

Sample post no 9 excerpt.

Sample post title 10

Sample post no 10 excerpt.

Sample post title 11

Sample post no 11 excerpt.

- A word from our sponsor -