Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Sebahagian Kerangka Besi Projek...

KLANG - Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan...

Tema Jihad Dalam Khutbah...

KUALA LUMPUR - Tema jihad akan digunakan dalam penyampaian khutbah Jumaat sekurang-kurangnya sebulan...

Kes Rasuah Johor: Beberapa...

JOHOR BAHRU - Beberapa individu dijangka akan didakwa berhubung kes rasuah dan penyelewengan...

Ketua Pemuda PAS Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat tidak percaya saranan...

Had Laju Kekal 110 Kilometer Sejam

KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kerajaan belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, had laju di negara ini masih lagi kekal 110 kilometer per jam (km/j).

“Berhubung dengan had laju, buat masa ini, Kementerian Pengangkutan dan pihak kerajaan secara amnya, belum bercadang untuk meningkatkan had laju dan masih ditetapkan kekal 110km/j.

“Untuk makluman, bidang kuasa untuk menetapkan had laju ini bukannya di bawah Kementerian Pengangkutan, tetapi ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) mengenai statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan adakah kementerian bercadang menaikkan had laju kepada 120km/j.

Mengulas lanjut, Loke berkata, sebanyak 556,055 notis telah dikeluarkan pada tahun 2023 bagi kesalahan melebihi had laju melibatkan Kamera-Kamera Perangkap Had Laju (AwAS) di seluruh negara.

Katanya, bagi lokasi yang telah merekodkan ramai pemandu melebihi had laju adalah di KM382.8 Lebuhraya PLUS – Behrang, Perak (Arah Selatan) iaitu 98,911 notis telah dikeluarkan di antara bulan Jun hingga Disember 2023.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori