• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

oleh Mynewshub
09/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana membantu sistem kesihatan Persekutuan.

PHM dalam satu hantaran berkata, lebih RM66 juta dibelanjakan dalam tempoh empat tahun bagi membantu sistem kesihatan di Johor.

“Secara asasnya, hospital kerajaan, klinik kesihatan serta pelantikan doktor dan jururawat dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan (KKM)

“Kerajaan negeri sebenarnya boleh sahaja berkata, ‘Itu bukan bidang kuasa kami’. Namun di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Johor memilih untuk masuk membantu,” katanya.

Menurut PHM, kerajaan Johor bukan sekadar membuat kenyataan, sebaliknya menggunakan dana sendiri untuk menampung kekurangan, memperbaiki fasiliti dan mengurangkan beban pesakit serta petugas kesihatan.

Jelas PHM, antara usaha yang dilakukan adalah memperjuangkan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2)

“Cadangan Hospital Sultanah Aminah 2 dibawa kepada Perdana Menteri, Menteri Kesihatan dan Kementerian Pertahanan (Mindef)

“Kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu tapak, menubuhkan jawatankuasa khas dan mendapatkan persetujuan penggunaan tanah Mindef seluas kira-kira 28 hektar di Skudai,” katanya.

PHM berkata, kerja awalan HSA 2 kemudian dimasukkan dalam Belanjawan Persekutuan, manakala kajian tanah, bengkel teknikal dan perancangan awal turut dilaporkan telah diselesaikan.

“HSA 2 belum siap, tetapi projek ini bergerak kerana ia diperjuangkan secara konsisten,” katanya.

Dalam pada itu, PHM berkata, sejak 2023, Onn Hafiz telah membawa isu kekurangan hampir 2,800 doktor, jururawat dan petugas kesihatan Johor kepada KKM.

“Isu ini bukan kecil. Kekurangan tenaga kerja menyebabkan jururawat menjaga terlalu ramai pesakit, doktor bekerja lebih masa dan masa menunggu semakin panjang,” katanya.

Menurut PHM, apabila pengisian jawatan masih tidak mencukupi, kerajaan Johor memperuntukkan dana sendiri membayar doktor locum di HSA, HSI dan Hospital Kulai.

“Menjelang Ogos 2026, sebanyak RM4.636 juta dilaporkan diperuntukkan untuk tujuan tersebut,” katanya.

PHM turut menyatakan kerajaan Johor membiayai Sistem Giliran Pintar di Poliklinik Pakar HSA dengan peruntukan RM1 juta bagi mengurangkan kesesakan dan masa menunggu pesakit.

“Sistem ini dilaksanakan secara berfasa melibatkan 31 klinik pakar dan dianggarkan memberi manfaat kepada lebih 57,000 pesakit setiap bulan,” katanya.

Tambah PHM, kerajaan Johor turut membiayai penghantaran ubat melalui pos secara percuma, 348 Locker4U untuk pengambilan ubat, Klinik Kesihatan Bergerak di 56 DUN, pemanjangan waktu operasi klinik terpilih, Klinik Decanting untuk mengurangkan kesesakan klinik sedia ada serta pendigitalan perkhidmatan kesihatan primer.

“Pesakit tidak sepatutnya mengambil cuti, menunggu berjam-jam dan menghabiskan wang perjalanan hanya untuk mengambil ubat susulan,” katanya.

PHM berkata, kerajaan Johor turut menyalurkan peruntukan untuk menaik taraf Jabatan Kecemasan hospital, Klinik Kesihatan Gelang Patah, Majidee, Tebrau dan Kulai.

Selain itu, peruntukan turut digunakan untuk membeli aset Oftalmologi dan Urologi, menyediakan lebih 1,000 katil hospital melalui kerjasama kerajaan, NGO dan swasta, memasang 40 mesin AED di lokasi awam, membeli ambulans untuk beberapa daerah, menyediakan katil ICU dan katil pengusung serta membeli mikroskop pembedahan saraf.

Kerajaan negeri turut menyediakan peralatan kecemasan di sekolah agama dan menaik taraf ratusan pantri untuk doktor, jururawat dan petugas hospital.

“Mungkin pantri nampak seperti perkara kecil, tetapi bagi petugas yang bekerja 12 hingga 18 jam, ruang untuk duduk, makan dan berehat dengan selesa bukan kemewahan. Itu keperluan asas,” katanya.

Mengenai Hospital Pasir Gudang, PHM memaklumkan, hospital itu mula dibina pada 2020, sebelum Onn Hafiz menjadi Menteri Besar.

“Jadi tidak tepat untuk mengatakan hospital itu dibina sepenuhnya oleh pentadbiran beliau.

“Namun kerajaan negeri memainkan peranan dalam memantau pengoperasian hospital, membantu menyediakan peralatan, menggerakkan Southern Volunteers Healthcare dan mendesak KKM mengisi lebih 1,000 kekosongan jawatan supaya hospital dapat beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Program Semarak Sihat Johor dilaksanakan di kesemua 56 DUN dengan aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pendidikan pemakanan, kesihatan mental, rehabilitasi dan gaya hidup sihat.

Kerajaan Johor turut memperuntukkan dana tahunan untuk Johor Bebas Denggi, pencegahan dadah di kawasan berisiko tinggi, program bebas asap rokok, saringan kesihatan mental, saringan mammogram dan ultrasound serta kesedaran kanser dan kesihatan reproduktif wanita.

Bagi kebajikan petugas dan pesakit pula, PHM berkata, penghargaan kepada jururawat ditingkatkan secara berperingkat daripada RM200,000 pada 2023 kepada RM500,000 pada 2026.

“Tambahan RM100,000 turut diberikan kepada Penolong Pegawai Perubatan,” katanya.

Menurut PHM, melalui Bantuan Kasih Johor dan MAINJ, bantuan turut disediakan kepada pesakit dialisis, kanser, jantung, penyakit kronik serta keluarga yang tidak mampu menanggung kos rawatan.

“HSA 2 masih belum siap. Hospital Pasir Gudang masih belum beroperasi pada kapasiti penuh. Kekosongan doktor dan jururawat masih tinggi. Kerajaan Persekutuan tetap perlu melaksanakan tanggungjawabnya.

“Namun credit where it is due. Sumbangan terbesar Onn Hafiz ialah mengubah peranan Kerajaan Negeri daripada sekadar pemerhati kepada rakan yang turut membiayai, mendesak dan mencari penyelesaian.

“Dalam kesihatan, perjuangan bukan sekadar ucapan.a Ia mesti datang bersama peruntukan, tindakan dan pelaksanaan,” kata PHM. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Public Health Malaysia

 

Tags: bantuanDatuk Onn Hafiz Ghazikerajaan Johorkesihatanmenteri Besar JohorPenghargaanPHMPublic Health Malaysiasistem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd