• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan jerebu rentas sempadan yang ketika ini turut menjejaskan negeri itu khususnya membabitkan kesihatan rakyat dan kualiti udara di beberapa kawasan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kebimbangan itu disampaikan ketika menerima kunjungan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit Suryantoro Widiyanto.

“Saya menyampaikan kebimbangan kerajaan negeri dan berharap segala usaha untuk menangani punca jerebu dapat terus dipergiatkan.

“Dalam perkara ini, pendekatan kita bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya mencari jalan penyelesaian bersama kerana kesannya sudah melangkaui sempadan sesebuah negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Onn Hafiz, pencemaran udara yang merentasi sempadan dan memberi kesan kepada negara jiran termasuk Malaysia memerlukan kerjasama serantau yang lebih erat.

Sehubungan itu, beliau berpandangan ASEAN perlu memainkan peranan lebih aktif termasuk mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi menangani krisis berkenaan secara kolektif.

Katanya, negara ASEAN yang mempunyai kepakaran, aset dan keupayaan boleh tampil membantu mengikut keperluan melalui penyelarasan serta persetujuan bersama.

Beliau berkata, kerjasama yang baik membolehkan usaha pencegahan, pemantauan dan tindak balas dilaksanakan dengan lebih pantas serta berkesan demi kesejahteraan rakyat di rantau ini.

Onn Hafiz turut berharap cadangan berkenaan dapat dipertimbangkan pucuk pimpinan negara-negara ASEAN bagi membantu memulihkan keadaan secepat mungkin dan memastikan rakyat kembali menjalani kehidupan dalam persekitaran lebih selamat serta sihat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Isu JerebuKepada Konsul Jeneral Indonesiakerajaan JohorOnn HafizSuarakan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Optimumkan 18,650 Ekar Tanah Wakaf Untuk Manfaat Rakyat

Kerajaan Johor Optimumkan 18,650 Ekar Tanah Wakaf Untuk Manfaat Rakyat

25/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor terus memperkukuh pembangunan ekonomi ummah menerusi usaha mengoptimumkan pengurusan tanah wakaf dan hartanah di bawah...

Belanjawan Johor 2027 Catat Lebihan RM2.328 Juta, Gariskan 284 Tekad

Belanjawan Johor 2027 Catat Lebihan RM2.328 Juta, Gariskan 284 Tekad

19/11/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Belanjawan Johor 2027 yang bertemakan “Johor Maju, Rakyat Sejahtera” dijangka mencatat lebihan RM2.328 juta dengan menggariskan 284...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.