• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

oleh Mynewshub
10/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026, sekali gus mencerminkan semangat Bangsa Johor dalam mengimarahkan rumah Allah.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau bersyukur dapat bersama-sama ribuan jemaah dalam program berkenaan yang menyaksikan saf-saf dipenuhi sejak awal pagi.

Menurutnya, Semarak Subuh Johor merupakan usaha untuk membudayakan solat Subuh berjemaah, mengeratkan ukhuwah serta mendekatkan masyarakat dengan masjid.

“Melihat saf-saf dipenuhi jemaah sejak awal pagi benar-benar mencerminkan semangat Bangsa Johor untuk terus mengimarahkan rumah Allah serta memulakan hari dengan sujud kepada-Nya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Beliau berkata, kerajaan negeri mahu semangat berkenaan terus subur di seluruh Johor dan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat yang membawa keberkatan kepada diri, keluarga serta negeri.

Dalam program sama, sebanyak RM1 juta disumbangkan kepada Tabung Kasih Johor – Palestin hasil sumbangan 11 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT)

Onn Hafiz berkata, sumbangan itu menjadi tanda solidariti dan keprihatinan Bangsa Johor terhadap saudara-saudara di Palestin.

“Sejak dilancarkan pada Julai 2024, tabung ini telah mengumpul RM6 juta,” katanya.

Turut berlangsung penyerahan zakat perniagaan oleh Kedai Emas De Aurora dan Woodfire sebagai tanda tanggungjawab serta keprihatinan kepada masyarakat.

Katanya, semangat tersebut perlu terus dihidupkan dengan memperkukuh nilai agama, membantu golongan yang memerlukan serta membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu.

“Semoga kekuatan agama terus menyatukan kita dan menjadi pedoman dalam membina masa depan Johor.

“Kita terus melangkah dengan amanah untuk memelihara, membangunkan dan membawa Johor ke arah yang lebih maju dan sejahtera. Insya-Allah,” katanya.

Beliau turut mengakhiri hantaran dengan seruan, “Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka!”

“Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor, Kepada Allah Kita Berserah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

 

Tags: 5000 jemaahBandar Dato’ OnnDatuk Onn Hafiz GhaziJohorMasjid Sultan Iskandarmenteri Besar JohorProgram Semarak Subuh Perdana 2026Syukur
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd