• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir dua dekad menyaksikan transformasi pembangunan Iskandar Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, kejayaan sebenar pertumbuhan negeri namun bukan sekadar angka pelaburan yang besar.

Beliau berkata, kejayaan sebenar adalah sejauh mana pelaburan itu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan kemahiran tenaga kerja, peluang perniagaan kepada PKS tempatan dan kesejahteraan rakyat Johor.

“Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada kemudahan menjalankan perniagaan, penyediaan infrastruktur dan utiliti, pembangunan bakat tempatan serta penyelarasan antara agensi supaya setiap pelaburan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.

“Dengan Pelan Induk JS-SEZ (Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura) yang bakal dilancarkan, kita bukan lagi sekadar merancang pembangunan sebuah wilayah, tetapi sedang bersama-sama membentuk masa depan ekonomi serantau untuk generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Ting Han memaklumkan, beliau semalam menghadiri Mesyuarat Pertama Johor-Singapore Cooperation Ministerial Committee (JSCMC) di Singapura bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurutnya, mesyuarat itu cukup bermakna kerana menandakan peralihan daripada Jawatankuasa Menteri Bersama bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) kepada kerangka kerjasama baharu menerusi JS-SEZ.

Katanya, perjanjian JS-SEZ yang dimeterai pada 7 Januari 2025 bukan sekadar kerjasama ekonomi merentasi sempadan, sebaliknya mencerminkan keyakinan kedua-dua pihak untuk menggabungkan kekuatan masing-masing.

“Pelaburan mesti membawa pekerjaan. Pertumbuhan mesti meningkatkan pendapatan. Pembangunan mesti memberi manfaat kepada rakyat Johor,” tegasnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lee Ting Han

Tags: JohorKe HadapanLee Ting HanMelangkahMendapat Perhatian DuniaPusat Pertumbuhan Serantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd