• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap pendidikan dan kebajikan generasi muda.

Sumbangan bernilai RM100,000 itu dilaksanakan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dengan kerjasama YTL Communications Sdn. Bhd. dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor menerusi Inisiatif Kesalinghubungan Digital Johor.

Inisiatif berkenaan turut mengambil kira situasi jerebu yang melanda negara baru-baru ini sehingga memberi kesan kepada sesi persekolahan.

Setiap pek SIM dilengkapi 50GB data internet berkelajuan tinggi secara percuma bagi menyokong pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta memudahkan akses kepada bahan pendidikan digital.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee bersama Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishammuddin Abdul Rahim di Menara YTL, Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Jacob Yeoh Keong Yeow; Ketua Pemasarannya, Chay Wan Nee dan Pengurus Komunikasi Korporat YRZSNJ, Dawson Yeang.

Hishammuddin menzahirkan penghargaan kepada YTL Communications atas sumbangan berkenaan yang disifatkan mampu membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan keluarga B40.

Menurutnya, keterbatasan akses internet merupakan antara cabaran dihadapi golongan terbabit, khususnya ketika mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Sementara itu, Wing berharap pengagihan pek SIM percuma berkenaan dapat membantu pelajar di Johor meneruskan pembelajaran tanpa ketinggalan meskipun berdepan kekangan akses internet. – MYNEWSHUB

Tags: 5000Hasil KeprihatinanJohorPek SIMPelajar B40percumaprabayarRaja Permaisuri AgongTerima
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ceramah Parti Bersama Terima Sambutan Baik Penduduk – Rafizi

Ceramah Parti Bersama Terima Sambutan Baik Penduduk – Rafizi

26/10/2026
0

MELAKA – Pengasas parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan sambutan penduduk Pengkalan Batu terhadap program ceramah Trak Kancil malam...

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd