• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan India di sini malam tadi.

Beliau hadir berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, See Ann Giap yang juga Naib Ketua Pemuda MCA Johor.

Ketibaan Onn Hafiz bersama pemimpin MCA disambut ribuan penduduk Jementah terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang mahu bersalam serta bergambar dengannya.

Ann Giap menerusi satu hantaran di media sosial mengakui beliau sendiri berasa amat teruja menyaksikan sambutan luar biasa masyarakat Jementah malam tadi.

“Malam ini Jementah penuh dengan ribuan penduduk kampung yang bersemangat. Lautan biru memenuhi Jementah malam ini. Terima kasih kepada setiap kawan warga Jementah yang hadir sehingga tiada kerusi yang kosong.

“Terima kasih kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Datuk Zahari Sarip kerana sudi hadir ke Jementah berkempen untuk saya.

“Sokongan dan dukungan anda semua adalah keyakinan saya dalam perjuangan untuk Jementah,” katanya.

Pada PRN Johor 2022, DUN Jementah dimenangi oleh calon Pakatan Harapan (PH) dengan memperoleh sebanyak 8,877 undi.

Calon BN memperoleh 8,163 undi selepas undi terpecah yang menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN) memperoleh 4,654 undi.

Sementara itu, Ka Siong dalam hantaran di media sosial merayu kepada pengundi Jementah memberi kemenangan kepada See Ann demi masa depan Johor.

“Setiap undi di Jementah amat penting. Saya merayu kepada pengundi di Jementah, berilah mandat kepada calon BN,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Barisan NasionalCalon BNcinaDatuk Onn Hafiz GhaziDUNIndiaJementahkempenMCAMelayumenteri Besar JohorPelbagai KaumpendudukPRN JohorSambutan Luar BiasaSee Ann Giap
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd