• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahari Dedah Surat FELDA Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

oleh Mynewshub
19/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Zahari Dedah Surat FELDA Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip menafikan dakwaan konon Menteri Besar yang mengarahkan pembatalan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026.

Beliau turut mendedahkan surat bertarikh 16 Jun 2026 daripada pihak FELDA kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang memaklumkan mengenai pembatalan program tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 20 hingga 21 Jun ini.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa arahan pembatalan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 adalah daripada Kerajaan Negeri Johor.

“Ini adalah fitnah yang tidak bertanggungjawab, mengelirukan dan tidak benar sama sekali. Sebagai bukti, saya kemukakan surat bertarikh 16 Jun 2026 daripada pihak FELDA kepada Menteri Besar Johor,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Zahari berkata, realitinya kerajaan Johor telah dimaklumkan oleh pihak FELDA mengenai keputusan “penangguhan” (pembatalan) Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 hanya empat hari sebelum program dijadualkan berlangsung.

Menurut beliau, keputusan yang dibuat pada saat akhir itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai kesulitan, malah mengecewakan ribuan warga peneroka dan komuniti FELDA yang telah membuat pelbagai persiapan untuk hadir dan memeriahkan sambutan berkenaan.

“Jika benar keputusan tersebut datang daripada kerajaan Johor, mengapakah pihak FELDA pula yang mengutuskan surat rasmi kepada Menteri Besar Johor bagi memaklumkan keputusan berkenaan?

“Program Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor merupakan penganjuran bersama antara kerajaan Johor dan FELDA Johor yang telah dirancang lebih awal sebagai platform menghargai jasa warga peneroka serta memperkukuh hubungan antara komuniti FELDA.

“Justeru, adalah tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa kerajaan negeri menjadi pihak yang mengarahkan pembatalan program tersebut.

“Saya ingin mengingatkan pihak yang berkenaan agar menghentikan penyebaran fitnah terhadap kerajaan Johor. Jangan sesekali mengelirukan rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zahari Sarip

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziDatuk Zahari Saripfitnahmenteri Besar JohorNafi TuduhanPengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar JohorSambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026Surat FELDA
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

29/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan terus menaik taraf taman-taman awam di seluruh negeri bagi menyediakan ruang riadah yang lebih...

Pelantikan Timbalan EXCO Perkukuh Kapasiti Pentadbiran – Onn Hafiz

Pelantikan Timbalan EXCO Perkukuh Kapasiti Pentadbiran – Onn Hafiz

24/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pelantikan 10 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd