• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib Sepahtu berhubung kenyataan yang didakwanya berunsur fitnah.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, tindakan itu dibuat atas nasihat peguam sebelum Shuib tampil menerusi video memohon maaf secara terbuka kepadanya.

“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.

“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH,” katanya menerusi hantaran di Threads, hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap video Shuib yang mengakui kesilapannya bersama pelawak Mamat kerana menyindir Jep dalam episod Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendakwa sudah menghubungi Jep menerusi WhatsApp pada jam 1.51 pagi, 9 Oktober lalu, kurang 24 jam selepas Jep membuat hantaran mengenai isu berkenaan.

Menurut Shuib, mesej tersebut dihantar dengan penuh rendah diri bagi memohon maaf atas kekhilafannya bersama Mamat.

“Saya kira dia telah pun terima WhatsApp tersebut dan mungkin telah membacanya. Saya penuh kesal dan memohon maaf kepada dia berulang kali,” katanya.

Shuib turut menganggap kontroversi itu sebagai ujian serta balasan terhadap kekhilafannya dalam berkata-katalah. – MYNEWSHUB

 

Tags: Ambil TindakanBukan Sindiranfitnahjep sepahtuminta maafShuibundang-undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan usahawan Shuib tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu susulan kontroversi sindiran terhadap bekas...

Kumpulan Penunggang Agama Bergerak Penuh Kebencian, Fitnah Cacian Wirid Harian – PMX

Kumpulan Penunggang Agama Bergerak Penuh Kebencian, Fitnah Cacian Wirid Harian – PMX

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kumpulan yang menunggang nama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd