• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terharu Akhirnya Kerajaan Negeri Johor Turut Dijemput Selain Pemimpin DAP – Onn Hafiz Sindir Anthony Loke

oleh Mynewshub
13/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Terharu Akhirnya Kerajaan Negeri Johor Turut Dijemput Selain Pemimpin DAP – Onn Hafiz Sindir Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam nada sinis melahirkan rasa terharu dan lega apabila akhirnya Kerajaan Negeri Johor turut menerima jemputan daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk melihat pelaksanaan projek KTM Komuter di negeri itu.

Beliau berkata demikian selepas Setiausaha Agung DAP itu menyindirnya dengan mempelawanya menaiki komuter bersama dalam satu program di bawah Kementerian Pengangkutan yang dijadual berlangsung di Johor pada Selasa depan.

Menurut Onn Hafiz, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghadiri program berkenaan kerana projek tersebut melibatkan kepentingan rakyat Johor dan tidak seharusnya dikaitkan dengan kerjasama politik.

“Saya berasa terharu dan lega kerana akhirnya, saya dan Kerajaan Negeri Johor mendapat jemputan yang ‘ikhlas’ daripada YB Menteri Pengangkutan untuk melihat pelaksanaan projek KTM Komuter pada Selasa ini.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk hadir dan insya-Allah akan melapangkan jadual saya bagi tujuan tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah demi kesenangan Bangsa Johor, bukannya kerjasama politik,” sindirnya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa urusan rasmi kerajaan dan kerjasama politik merupakan dua perkara yang berbeza, justeru tidak sepatutnya timbul sebarang keraguan mengenai kehadirannya ke program tersebut.

Bagaimanapun, Onn Hafiz memaklumkan sehingga kini pejabatnya masih belum menerima sebarang surat jemputan rasmi mahupun butiran lengkap program daripada Kementerian Pengangkutan, walaupun jemputan tersebut telah diumumkan secara terbuka.

“Saya hanya dimaklumkan oleh pihak media bahawa ‘jemputan’ tersebut dibuat ketika program politik Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan malam semalam,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut membangkitkan beberapa program kementerian sebelum ini yang didakwa tidak melibatkan Kerajaan Negeri Johor walaupun berkaitan secara langsung dengan kepentingan negeri tersebut.

Antara program yang disebut adalah lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pada 9 Januari 2023, lawatan serta pengumuman berkaitan Sistem Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) pada 26 September dan 4 Oktober 2024, selain lawatan ke projek Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Segamat pada 23 Mac 2025.

Beliau turut mempersoalkan kehadiran beberapa pemimpin DAP Johor dalam lawatan kerja Menteri Pengangkutan ke tapak projek RTS Link pada 3 April 2026, sedangkan menurutnya kerajaan negeri Johor sekali lagi tidak menerima jemputan rasmi.

“Apabila saya berhubung dengan pihak tertinggi Kementerian Pengangkutan, saya dimaklumkan jemputan hanya melibatkan pihak vendor atau pembekal. Adakah pemimpin-pemimpin DAP ini merupakan vendor atau pembekal?” soalnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

 

Tags: AkhirnyaAnthony Loke Siew FookDatuk Onn Hafiz GhaziJemputanJohorKtm Komutermenteri Besar JohorMenteri PengangkutanPelawaanPemimpin DAPTerharu
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Koyak Sampai Sentuh Fizikal, Onn Hafiz Tetap Tenang” – Akmal Saleh

“Koyak Sampai Sentuh Fizikal, Onn Hafiz Tetap Tenang” – Akmal Saleh

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh tampil mempertahankan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren KTM Johor terpaksa ditangguhkan kerana perlu menunggu kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd