• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan kelancaran peperiksaan susulan situasi jerebu yang melanda negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, pihaknya menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Johor, khususnya anak-anak yang sedang mengikuti sesi persekolahan.

Menurut beliau, bagi fasa pertama pada 26 dan 27 Oktober 2026 (Isnin dan Selasa), kehadiran ke sekolah dihadkan kepada murid yang perlu menduduki peperiksaan mengikut jadual ditetapkan.

Katanya, tempoh berkenaan memberi ruang kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

“Fasa kedua akan bermula pada 28 Oktober 2026 (Rabu), dengan semua sekolah di seluruh Johor dijadualkan beroperasi sepenuhnya seperti biasa, tertakluk kepada perkembangan semasa kualiti udara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Muhammad Naqib berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan menyelaras pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan termasuk pemakaian pelitup muka serta pemantauan aktiviti persekolahan.

Jelas beliau, langkah berkenaan akan dilaksanakan berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) semasa dan garis panduan yang berkuat kuasa.

“Kerajaan Johor bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan situasi jerebu secara berterusan bagi memastikan sebarang tindakan lanjut dapat dilaksanakan berdasarkan penilaian keadaan semasa,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: DibukaJohorMulai EsokSecara BerfasaSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Institusi Pendidikan Di Johor Beroperasi Semula Isnin Ini Susulan Penurunan IPU

Semua Institusi Pendidikan Di Johor Beroperasi Semula Isnin Ini Susulan Penurunan IPU

24/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan semua institusi pendidikan di seluruh negeri itu akan beroperasi semula mulai Isnin, 26 Oktober...

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

23/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM5,000 bagi setiap kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd