• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

oleh Mynewshub
10/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan itu selepas membelasah Kelantan TRW FC 14-1 dalam aksi Liga Super 2025/26.

Kemenangan bergaya itu sekali gus menutup kempen Liga Super buat skuad Harimau Selatan dengan penuh gemilang apabila terus mengekalkan rekod tanpa kalah buat musim keempat berturut-turut.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang sensasi JDT, Bergson da Silva muncul wira apabila meledak enam gol pada minit pertama, ke-11, 36, 42, 53 dan 83.

Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Manuel Hidalgo menerusi hatrik pada minit ke-16, 25 dan 62, selain jaringan Antonio Glauder, Stuart Wilkin, Yago dos Santos dan Syamer Kutty Abba.

Satu-satunya gol Kelantan TRW FC dijaringkan oleh Farris Izdiham pada minit ke-64.

Kemenangan besar itu turut melengkapkan satu lagi musim bersejarah buat JDT apabila muncul juara Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut.

Selain itu, skuad kendalian Harimau Selatan juga mencipta rekod jaringan terbanyak dalam satu musim Liga Super dengan 117 gol.

JDT juga kini melengkapkan empat musim tanpa kalah berturut-turut dan keenam secara keseluruhan termasuk musim 2016 dan 2020. – MYNEWSHUB

Tags: 14-1JDTJohor Darul Ta’zimKelantan TRW FCkemenangan TerbesarLiga SuperRekodsejarah
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

09/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan prestijnya apabila tampil berani dan tidak gentar...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Pemilik Chelsea FC

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Pemilik Chelsea FC

09/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap pemilik bersama Chelsea FC hari ini. Pertemuan baginda dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd