• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
04/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor,
Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, lebih 430,000 ahli UMNO Johor terus teguh, setia dan istiqamah dalam perjuangan parti.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, bagi mereka UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, sebaliknya wadah perjuangan yang dibina atas semangat penyatuan demi maruah bangsa, agama serta masa depan tanah air.

“Sebab itu UMNO Johor menyambut baik dan menyokong penuh gagasan Rumah Bangsa dan Musyawarah Nasional sebagai satu usaha besar untuk merapatkan saf, memperkukuh muafakat dan menyatukan kembali kekuatan orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, lapan dekad perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa parti itu tidak pernah lari daripada asas perjuangannya.

Ujar beliau, dalam apa jua cabaran, UMNO tetap berdiri sebagai tonggak kestabilan, pembangunan dan kedaulatan negara dengan matlamat memastikan bangsa terus terbela dan masa depan negara kekal terjamin.

“Semoga ulang tahun UMNO ke-80 menjadi titik kebangkitan baharu, dengan tekad mengembalikan keyakinan rakyat agar UMNO terus mara sebagai wadah perjuangan yang relevan, dihormati dan diyakini dalam memimpin masa depan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Onn Hafiz Ghazi

 

Tags: AhliDatuk Onn Hafiz GhaziJohorsetiaUMNO
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Delegasi Universiti Harvard

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Delegasi Universiti Harvard

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap delegasi dari Universiti Harvard hari ini. Delegasi tersebut...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd