• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Melangkah Gagah! Ekonomi, Sukan, Digital Dan Kesejahteraan Rakyat Terus Diperkasa

oleh Damu
31/08/2025
dalam Advertorial
0
Negeri Sembilan Melangkah Gagah! Ekonomi, Sukan, Digital Dan Kesejahteraan Rakyat Terus Diperkasa
Share on FacebookShare on Twitter

Negeri Sembilan terus mengukir deretan kejayaan membanggakan di pentas nasional dan antarabangsa, mengukuhkan reputasinya sebagai negeri yang progresif, kompetitif dan berdaya saing.

Sepanjang tahun lalu, negeri ini menerima pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk dinobatkan sebagai Negeri Paling Progresif oleh IBR ASEAN Awards, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan juga diiktiraf sebagai salah satu Agensi Induk Terbaik bagi kategori Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Persekutuan dan Negeri 2025. Pada masa sama, kerajaan negeri turut menerima Anugerah Majikan Prihatin Negeri dan Wilayah Persekutuan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena sambutan Hari Pekerja 2025.

Negeri Sembilan

Dari segi ekonomi, Negeri Sembilan berjaya merekodkan pelaburan bernilai RM7.25 bilion, dengan RM3.4 bilion daripadanya adalah pelaburan asing daripada syarikat antarabangsa seperti Safran dan F&N yang memilih negeri ini sebagai destinasi strategik.

Dalam bidang sukan, pasukan sepak takraw Negeri Sembilan Antlers melakar sejarah apabila menjuarai Grand Prix (GP) saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2025.

Negeri Sembilan

Sektor digital turut mencatat pencapaian cemerlang dengan Negeri Sembilan menjadi negeri pertama di Malaysia menyiapkan Fasa 1 Projek JENDELA, melibatkan pembinaan 27 menara komunikasi baharu demi meningkatkan capaian internet di kawasan bandar dan luar bandar.

Kesejahteraan hidup rakyat pula diiktiraf apabila Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu menerima gelaran Bandar Paling Bahagia 2025.

Negeri Sembilan

Menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada promosi warisan Adat Perpatih, keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian gastronomi tempatan.

Pada masa sama, isu kritikal seperti potensi krisis air mentah menjelang 2030 turut diberi perhatian serius.

Antara langkah yang dirancang termasuk pembinaan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Linggi dan Sabo Dam, penyelenggaraan empangan sedia ada serta pembangunan sumber air alternatif untuk menjamin bekalan jangka panjang.

Negeri Sembilan

Projek pembangunan besar seperti Malaysia Vision Valley 2.0 pula dijangka menjadi pemacu utama ekonomi melalui taman industri teknologi tinggi di Nilai, pembangunan strategik di Port Dickson dan hab industri baharu di Labu.

Bagi memastikan setiap projek berjalan lancar dan tidak berlaku pertindihan, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa permohonan bajet persekutuan wajar disalurkan terus melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sembilan (UPEN).

Artikel berkaitan: Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB

Selain itu, peruntukan khas untuk pihak berkuasa tempatan diharap dapat digunakan untuk menaik taraf infrastruktur, memperkukuh perkhidmatan asas, dan mengurangkan beban hutang SWCorp.

Kesemua pencapaian, perancangan dan inisiatif ini akan menjadi isi penting dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Program MADANI Rakyat 2025, menggambarkan visi Negeri Sembilan untuk terus melangkah maju dengan pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial dan kelestarian alam.

Negeri Sembilan

Kesimpulannya, tahun 2024 menjadi bukti bahawa Negeri Sembilan bukan sahaja berpotensi besar, malah sudah berada di landasan yang tepat untuk menjadi negeri contoh di Malaysia.

Dengan pencapaian yang membanggakan, perancangan strategik yang rapi dan fokus terhadap kesejahteraan rakyat, Negeri Sembilan bersedia melangkah lebih jauh, mengorak langkah menuju masa depan yang lebih makmur, lestari dan inklusif.

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lagu ‘1Malaysia’ Catat 5.5 Juta Tontonan

Lagu ‘1Malaysia’ Catat 5.5 Juta Tontonan

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lagu 1Malaysia masih menjadi tontonan sehingga hari ini walaupun sekadar versi 'reupload' kerana versi rasmi lagu itu...

“Adakah ‘Subscription Fee’ Firma Guaman Saya Bayar Digunakan Untuk Hidangan Minuman Keras Itu?”

“Adakah ‘Subscription Fee’ Firma Guaman Saya Bayar Digunakan Untuk Hidangan Minuman Keras Itu?”

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengamal undang-undang, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir mempersoalkan sama ada minuman keras dihidangkan pada satu acara membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd