• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB

oleh Mohd Arshad
03/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban: Aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Negeri Sembilan dijangka dapat dilaksanakan tidak lama lagi selepas prosedur operasi standard (SOP) tambahan diluluskan kerajaan negeri hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata meskipun SOP tambahan yang menjadi panduan kepada langkah keselamatan selain memastikan kelancaran proses perlombongan REE itu diluluskan negeri, SOP ditetapkan di peringkat Pusat masih perlu dipatuhi.

“Hari ini, kita meluluskan SOP (tambahan) REE untuk dilaksanakan di Negeri Sembilan, selain menetapkan bahawa semua pembangunan REE ini harus melalui atau dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

“Ia untuk membolehkan kerajaan negeri mengawal perkembangan aktiviti perlombongan itu dan memastikan hasil REE tidak diselewengkan mana-mana pihak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri hari ini.

Aminuddin berkata, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Teo Kok Seong akan mewakili kerajaan negeri ke China dalam tempoh terdekat bagi melihat secara dekat operasi kilang REE di negara itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan kaedah perlombongan seperti mana dilaksanakan syarikat di China, namun bersikap terbuka jika pemilik tanah ingin melantik mana-mana syarikat lain bagi melakukan aktiviti berkenaan.

“Kerajaan negeri terbuka dan pemilik tanah yang mempunyai REE boleh melantik mana-mana syarikat untuk mengendalikan perlombongan, namun perlu menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri melalui MBI supaya hasil dikeluarkan dapat ditentukan.

“Kita juga perlu pastikan aktiviti perlombongan itu tidak memberi kesan kepada tanah lain yang berhampiran, malah MBI sendiri akan melantik pakar geologi supaya aktiviti perlombongan ini dapat dikawal.

“Kita tidak mahu kesan aktiviti perlombongan berkenaan menimbulkan masalah kepada pihak lain terutama pemilik tanah berhampiran dan perlombongan dibenarkan hanya membabitkan kawasan tanah kerajaan negeri, tanah individu atau tanah syarikat, manakala Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah dilarang.

“Setakat ini Kuala Pilah dan Jelebu dikenal pasti lokasi perlombongan REE seperti mana ditentukan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, syarikat yang melakukan perlombongan REE haram di Kuala Pilah pada Mei tahun lalu sudah membayar kompaun dikenakan sebanyak RM500,000 pada Disember lalu.

Sebelum ini, beliau memaklumkan Negeri Sembilan memiliki NR-REE dianggarkan bernilai RM30 bilion, namun perincian lokasinya belum dikenal pasti sepenuhnya.

BHonline–

Tags: lombongNegeri SembilanNR-REE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd