• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Tubuh Parti Baharu, Sedia Tanding PRU15

oleh AK-47
05/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahli Perniagaan Tubuh Parti Baharu, Sedia Tanding PRU15
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sekumpulan ahli perniagaan menubuhkan parti politik baharu dikenali Barisan Penyatuan Nasional (BPN) dan bersedia bertanding di 222 kerusi Parlimen seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden BPN, Ibrahim Yahaya berkata, pendaftaran bagi penubuhan parti itu sudah dibuat dan kini menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

“Saya difahamkan proses pendaftaran parti sudah memasuki fasa akhir. Jadi, selepas pendaftaran selesai kita bersedia untuk bertanding di semua 222 kerusi Parlimen di seluruh negara.

“Kita buat keputusan bertanding ini dengan menggunakan dana sendiri dan ia tidak melibatkan peruntukan daripada mana-mana parti politik dalam negara.

“Malah, kita juga menerima penyertaan daripada semua bangsa. BPN juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MOU) antara BPN dan Pertubuhan Maju dan Amanah (Pemanah) di AC Hotel di sini pada Selasa.

Ibrahim menjelaskan, parti yang ditubuhkan itu memperjuangkan agenda pengukuhan ekonomi rakyat dan memastikan masyarakat tidak terbeban dengan kos sara hidup.

Menurutnya, beliau serius mahu menyelesaikan isu-isu seperti makanan asas dan menyusun strategi untuk mengatasi pelbagai masalah rakyat.

“Kita mahu membela nasib rakyat, kita lihat politik sekarang kucar kacir dan rakyat dibiarkan serta dihimpit dengan tekanan hidup termasuk inflasi makanan dan harga yang melambung.

“Jadi, kita akan memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada persefahaman antara BPN dengan Pemanah,” ujarnya.

Ibrahim berkata, antara manfaat tersebut termasuk penyediaan rumah secara percuma kepada isi rumah berpendapatan RM1,500 ke bawah, penyediaan pasar raya, bantuan menunaikan ibadat haji dan umrah selain bantuan perubatan serta bantuan kepada orang kurang upaya (OKU).

-Sinar Harian

Tags: Barisan Penyatuan NasionalpartiPRU15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd