• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama itu tidak lagi memberi manfaat kepada masyarakat dan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri R. S. Thanenthiran berkata, sudah tiba masanya kepimpinan BN mempertimbangkan kedudukan mereka dalam kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH)

Menurut beliau, pemimpin UMNO dan BN sering diuji serta ditekan, sedangkan pihak lain yang menurut dakwaannya melakukan kesalahan pula dibiarkan.

“Ia seolah-olah Kerajaan Madani cuba menekan BN dan pemimpinnya supaya menyerah.

“Saya bagi pihak Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya keluarlah dari Kerajaan Madani,” katanya dalam ucapan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Thanenthiran berpandangan perkara itu tidak seharusnya dipandang ringan, sebaliknya perlu diberikan perhatian oleh kepimpinan tertinggi BN.

“Kita tidak akan membiarkan begitu sahaja pemimpin-pemimpin kita ditekan. Kita akan berdiri bersama dengan Barisan Nasional dan juga para pemimpin BN.

“Nama BN cuba dirosakkan, difitnahkan dengan pelbagai tohmahan. Maka, adalah menjadi hasrat kami untuk menjadi benteng BN,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: BNcadangKeluar Kerajaan MadaniMakkal SaktipartiSecepat Mungkin
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

Kemenangan BN Di Melaka Kelak Adalah Hatrik, Insya-Allah – Azhar Sulaiman

Kemenangan BN Di Melaka Kelak Adalah Hatrik, Insya-Allah – Azhar Sulaiman

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Azhar Sulaiman yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kejayaan hatrik dengan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd