• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Cuti Peristiwa 2 Mei

oleh Mohd Arshad
27/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri memberi cuti kelepasan am iaitu Cuti Khas Peristiwa pada 2 Mei iaitu Isnin ini sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar, berkata, keputusan itu dibuat selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan bersetuju mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Kelepasan Am.

Katanya, cuti berkenaan terpakai kepada semua jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan negeri, syarikat berkaitan kerajaan dan juga syarikat swasta di negeri ini.

“Menyedari ramai Bangsa Johor yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberikan cuti kelepasan am pada 2 Mei 2022 (Isnin).

“Semoga kita semua beroleh manfaat dari cuti perayaan bagi bersama-sama keluarga, sanak-saudara serta rakan taulan meraikan hari lebaran. Rancanglah perjalanan dengan baik agar sentiasa lancar dan selamat ke destinasi masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mei ini manakala hari kelepasan am pula ditetapkan pada 3 dan 4 Mei dan sambutan Hari Pekerja jatuh pada 1 Mei.

Johor menggazetkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, justeru, negeri ini tidak terlibat dengan cuti gantian pada 2 Mei (Isnin).

Tambah Onn Hafiz, kuasa bagi mempertimbang kelulusan cuti kelepasan am (Cuti Khas Peristiwa) dibuat dengan merujuk Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 – (Akta 369).

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira beberapa perkara yang memudahkan perancangan rakyat negeri ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah dua tahun tidak dapat meraikannya.

“Selain itu, ia turut mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan jalan raya pada hari Isnin sebelum perayaan bagi mereka yang bekerja dan tergesa-gesa untuk pulang menyambut hari perayaan.

“Di samping meningkatkan motivasi dan kebajikan kepada pekerja dengan memberi cuti lebih awal, ia juga memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi menguruskan anak anak yang tidak bersekolah dan masih kecil kerana pusat penjagaan kebanyakannya ditutup pada tarikh tersebut,” ujarnya.

UtusanOnline-

Tags: cuti peristiwaDatuk Onn Hafiz GhaziJohor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imbasan MySejahtera, Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan

Next Post

Kelab Malam Masih Tidak Dibenarkan Beroperasi – KKM

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Next Post

Kelab Malam Masih Tidak Dibenarkan Beroperasi - KKM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd