• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM15 Juta Kerja Awalan Naik Taraf Jeti Pulau Pangkor

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM15 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 untuk mereka bentuk dan menjalankan kerja-kerja awalan bagi menaik taraf jeti utama dan kargo di Pulau Pangkor, persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata daripada jumlah itu, RM7 juta diperuntuk untuk tahun hadapan.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bagi menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Tambun) mengenai status permohonan projek naik taraf jeti penumpang di pulau bebas cukai itu.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Pulau pelancongan berkenaan diwartakan sebagai pulau bebas cukai berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Menjawab soalan Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak mengenai status permohonan memendekkan tempoh kelayakan pembelian bebas cukai di Pulau Pangkor daripada 48 jam kepada 24 jam, Mustapa berkata ia sedang dipertimbang Kementerian Kewangan.

“Seperti Tambun sedia maklum, Kementerian Kewangan telah tulis surat kepada kerajaan Perak (sebelum ini) menyatakan bahawa pada masa ini ia tak dapat dipertimbangkan kerana kalau diluluskan layanan sama perlu diberikan kepada tiga pulau lain iaitu Labuan, Tioman dan Langkawi,” katanya.

Mengenai permohonan menjadikan jeti Sungai Pinang Kecil di pulau berkenaan sebagai tempat pendaratan yang sah, Mustapa berkata buat masa ini perkara itu tidak mendapat kelulusan pihak kastam.

“Apa pun kita faham jeti yang ada pada masa sekarang ini (jeti utama) sesak dengan penumpang…oleh itu ada keperluan untuk mengkaji pelan ini secara keseluruhan.

“Kami akan bincang dengan kerajaan Perak bagaimana kita boleh lihat semula keputusan dibuat kastam…dan kita akan rujuk perkara ini kepada Kementerian Kewangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jeti Pulau PangkorMustapa MohamedRMK12
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat: Program Subsidi Bersasar Dilaksana Sepenuhnya Tahun Depan

Dewan Rakyat: Program Subsidi Bersasar Dilaksana Sepenuhnya Tahun Depan

11/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata, kerajaan menjangkakan Program Subsidi Bersasar akan dapat dilaksana sepenuhnya bermula pada 2024....

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

11/09/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum dapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd