Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tutup Sementara Ibu Pejabat,...

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat dan Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

20,000 Makanan, Minuman Diagih...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 20,000 bungkusan makanan dan minuman diagihkan kepada pengunjung dan...

Najib Lancar Festival Seni...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan...

Mahkamah: Warga Liberia Didakwa...

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga Liberia yang mendakwa datang ke Terengganu untuk...

Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

MUNGKIN tidak ramai yang tahu mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang baru sahaja ditandatangani kerajaan Malaysia pada 15 November lalu.

Bahkan, barang kali tentu sebahagian besar pun tidak pun tahu bahawa sebaik perjanjian 15 negara itu diratifikasi, Bursa Malaysia terus melonjak ke paras tertinggi akibat sentimen positif.

Pelabur tempatan khasnya pemain saham kecil melihat momentum trend pengukuhan hasil perjanjian kerjasama ekonomi multilateral rantau Asia Pasifik yang menjanjikan kegembiraan.

Hakikatnya, RCEP merupakan blok perdagangan terbesar di dunia melibatkan kesemua 10 buah negara Asia Tenggara yang menganggotai ASEAN dan lima negara rakan ekonominya.

Secara kebetulan, kumpulan negara berkenaan iaitu Australia dan New Zealand di selatan Lautan Pasifik serta China, Jepun dan Korea Selatan di Asia Timur memiliki satu persamaan.

Mereka ialah rakan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) untuk ASEAN sejak sekian lama yang membentuk 29.7 peratus populasi global atau bersamaan dengan 2.2 bilion manusia.

Lebih unik, kesemua 15 negara ini apabila digabungkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menghasilkan nilai ekonomi keseluruhan AS$24.8 trilion atau RM101 trilion.

Apakah itu RCEP?

Perjanjian ini apabila dilaksanakan kelak dijangka mengurangkan atau pun menghapuskan pelbagai tarif yang menyaksikan produk keluar masuk sesama 15 negara ini tiada cukai lagi.

Dalam bahasa mudah, barangan Malaysia dieksport ke 14 negara itu dikecuali atau diturun cukai; dan begitu jugalah barangan 14 negara tersebut yang diimport masuk ke Malaysia.

Bagi syarikat tempatan, langkah ini dijangka membolehkan mereka mampu mendapat bahan mentah terbaik dari negara ketiga lain yang dipasarkan dalam blok perdagangan RCEP.

Selain itu, aneka sektor perkhidmatan juga bakal melalui proses liberalisasi termasuk bidang kewangan, telekomunikasi dan pergerakan individu atas pelbagai urusan di negara terbabit.

Senario ini berbeza daripada FTA Kesatuan Eropah (EU) yang mengehadkan transaksi hanya bagi yang terlibat dagangan barang, penawaran perkhidmatan dan urus niaga pelaburan.


Apakah diperoleh Malaysia daripada RCEP?

Ramai pakar perniagaan menyifatkan perjanjian ini bakal menjadi pencetus kepada usaha pantas pemulihan ekonomi sejagat yang ketika ini dikekang oleh penularan wabak Covid-19.

Berdasarkan laporan media, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangka RCEP akan menyediakan Malaysia peluang akses pasaran lebih besar untuk bisnes dan pelaburan asing.

Idea itu turut disokong Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industru), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengakui perjanjian tersebut menguntungkan usahawan Malaysia.

Manfaat diraih antaranya syarikat tempatan boleh mengembangkan lagi perniagaan di negara jiran selain kos eksport dan import barangan akan dimansuhkan atau diturunkan tarifnya.

Bagi usahawan kecil dan sederhana, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menyediakan ‘padang permainan yang rata’ antara negara maju dan membangun.

Manakala bagi penyedia perkhidmatan, termasuk pemain e-dagang, mereka bakal menikmati akses pasaran yang lebih besar untuk jual barangan mereka menerusi gedung atas talian.

Malahan, peluang keemasan tersebut pada masa sama juga membolehkan para peniaga dapat membeli produk pada harga yang lebih rendah daripada pasaran negara anggota RCEP.

Kesimpulannya, Malaysia menyatakan keyakinan penuh bahawa RCEP menjadi salah satu mekanisme terbaik ke arah pemulihan ekonomi dunia pasca penularan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menegaskan, pelaksanaan perjanjian itu mendorong pembukaan semula pasaran serta memastikan kelancaran rantaian bekalan. – Mynewshub.TV

Kategori