• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasa Dijenamakan Semula Sebagai J-KOM Dengan Peranan Berbeza

oleh
25/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah. 

Beliau berkata matlamat J-KOM adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan komuniti’,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (Japen) kerana tugas utama J-KOM pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik COVID-19.

Japen pula, katanya bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi. – BERNAMA

Tags: J-KOMjasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

J-KOM Saf Hadapan Pertahan PMX, Kerajaan Madani – Syam Ghaz

J-KOM Saf Hadapan Pertahan PMX, Kerajaan Madani – Syam Ghaz

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) perlu menjadi barisan hadapan mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan...

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini. Ia termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd