KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyindir kemelut yang melanda PAS dan BERSATU dengan menyifatkan keadaan itu sebagai :qunut nazilah makan diri’
Menerusi hantaran di media sosial, beliau mendakwa pertelingkahan antara dua parti berkenaan akhirnya membawa kepada campur tangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) selepas BERSATU membuat aduan berhubung pengurusan Perikatan Nasional (PN)
“Qunut Nazilah makan diri. Korang gaduh PAS-BERSATU,” katanya.
Menurut Hisyamuddin, PAS yang menerajui PN didakwa mengadakan mesyuarat tanpa memanggil BERSATU, selain membawa masuk parti Wawasan sebagai rakan baharu dalam gabungan itu.
Beliau turut mendakwa Wawasan kemudiannya diberikan ruang sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sekali gus menyebabkan BERSATU tidak berpuas hati sebelum perkara berkenaan dilaporkan kepada ROS.
“BERSATU kecik hati, report ke ROS. ROS panggil Takiyuddin, Samsuri dan Azmin Ali,” katanya.
Hisyamuddin seterusnya mendakwa kemelut itu membawa kepada tindakan ROS meminta penjelasan daripada PN, sebelum menyindir tindakan gabungan berkenaan yang mahu mencabar perkara tersebut di mahkamah.
“Korang gaduh laki bini, ROS pula korang nak cabar di Mahkamah?” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syam Ghaz


