• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J-KOM Lapor Polis Terhadap Lim Sian See, Didakwa Persenda Ayat Al-Quran

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
J-KOM Lapor Polis Terhadap Lim Sian See, Didakwa Persenda Ayat Al-Quran
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan membuat laporan polis terhadap Eric Lim Sian See susulan dakwaan bahawa individu terbabit mempersendakan ayat al-Quran menerusi hantaran di media sosial.

Ketua Pengarah J-KOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, mendakwa tindakan Eric Lim sebagai keterlaluan dan tidak boleh diterima, khususnya apabila menyentuh sensitiviti agama.

“Lim Sian See ni memang sangat melampau! Berani mempersendakan ayat Al Quran,” dakwanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut beliau, laporan bukan sahaja akan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah turut melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta platform media sosial berkaitan.

“Laporan POLIS, MCMC dan platform akan digerakan seluruh Negara!” tegasnya.

Beliau turut menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap Eric Lim yang dilabelnya sebagai ‘cybertrooper’ MCA dan Barisan Nasional (BN).

“Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) minta kutip mamat cytro MCA/ BN ni! Dah sentuh 3R!” dakwanya.

Kontroversi itu dipercayai tercetus susulan hantaran media sosial Eric Lim mengenai pengunaan perkataan ‘Lighad’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027.

Bagaimanapun, kandungan sebenar hantaran berkenaan belum dapat disahkan secara bebas. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syam Ghaz

Tags: Ayat Al-QuranDidakwaJ-KOMLapor PolisLim sian seePersenda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya menyunting dan...

Petikan Ayat Al-Quran Ditambah Oleh Ceplos, Kemudian Digabungkan Dengan Tangkap Layar Komen –  Eric Lim Sian See

Petikan Ayat Al-Quran Ditambah Oleh Ceplos, Kemudian Digabungkan Dengan Tangkap Layar Komen – Eric Lim Sian See

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See terus mempertahankan dirinya daripada dakwaan menghina dan memperlekeh ayat suci al-Quran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd