• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Ucap Tahniah Malaysia Selaku Tuan Rumah APEC 2020

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang menyaksikan Deklarasi Kuala Lumpur diisytiharkan serta pelancaran Visi Putrajaya 2040, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur dan pelancaran Visi Putrajaya 2040 itu bakal menjadi aspirasi baharu kepada komuniti APEC bagi pertumbuhan ekonomi serantau dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menurutnya, ucapan itu disampaikan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat ketika melakukan kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam. 

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Melalui Puan Yang Terutama Kamala, saya telah menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia selaku hos APEC 2020 kepada Presiden Donald Trump atas penglibatan beliau mewakili Amerika Syarikat pada Sidang Kemuncak APEC yang telah berlangsung secara maya pada 20 November lepas,” katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini. 

Muhyiddin berkata Kamala turut berkongsi mengenai perkembangan terkini beberapa vaksin COVID-19 keluaran syarikat bioteknologi dan farmaseutikal Amerika Syarikat yang sedang melalui proses ujian dan kelulusan Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA). 

Katanya beliau menyambut baik perkembangan tersebut dan berharap akses kepada vaksin tersebut dibuat secara adil dan saksama apabila dilancarkan kelak.

Selain itu, beliau berkata perbincangan juga tertumpu kepada beberapa hal berkaitan mempertingkatkan kerjasama dua hala  termasuk bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan pendidikan serta isu-isu geopolitik serantau dan keselamatan antarabangsa.

“Saya akhiri pertemuan dengan menzahirkan harapan agar hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat yang terjalin sekian lama dapat diperkukuhkan lagi pada masa hadapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatAPEC 2020MalaysiaSidang Kemuncak APEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

11/11/2026
0

TAIPEI - Taiwan mengesahkan pihaknya menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam menjayakan Proses Dialog Damai Selatan Thailand bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd