• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Datuk Kes Tipu RM50 Juta

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar Datuk diberkas polis di kediamannya di Kemensah, dekat sini, semalam selepas dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan kes penyamaran sebagai pegawai bank dengan memperdaya mangsanya sehingga membabitkan kerugian lebih RM50 juta.

Timbalan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Asisten Komisioner Amran Yaacob berkata, pihaknya menerima dua laporan membabitkan suspek berusia 50 tahun itu.

Menurutnya, laporan kes pertama diterima pada 9 Januari lalu mendapati suspek dipercayai telah memperdaya seorang akauntan sebuah perbadanan dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank dan menawarkan pelaburan dalam Skim Simpanan Tetap.

“Suspek mendakwa skim terbabit memberikan kadar faedah yang efektif sebanyak enam peratus berkonsepkan syariah tanpa riba, ditolak zakat, tiada fi pengurusan serta tidak dikenakan cukai.

“Berikutan itu, bermula 31 Disember 2015 hingga 12 Februari 2018, perbadanan terbabit telah membuat simpanan wang secara berperingkat sebanyak lapan kali dengan jumlah keseluruhan iaitu RM85,530,000,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun pada Mei tahun lalu, mangsa menyedari diperdayakan suspek apabila semakan mendapati skim tersebut sebenarnya pelaburan di Unit Amanah.

Suspek juga mengemukakan penyata akaun palsu untuk menunjukkan pulangan faedah pada kadar enam peratus setahun sepanjang tempoh 2015 hingga 2018 dan turut memperdayakan perbadanan tersebut untuk mengeluarkan faedah simpanan berjumlah RM56,630,000 yang sebenarnya merupakan jualan balik unit tersebut.

Anggaran kerugian yang dialami ialah sebanyak RM40,000,000.

Beliau berkata, bagi kes kedua dan laporan dibuat mangsa pada 9 April tahun lalu, suspek juga dipercayai menyamar sebagai penasihat pelaburan korporat dan memperdaya sebuah agensi pembangunan dengan kerugian dianggarkan bernilai RM10,534,937.58.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya. – Sinar Harian

Tags: datukPengubahan Wang Haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd