• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

oleh Mynewshub
07/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan, Nicky Liow Soon Hee, selepas beliau membayar kompaun RM10 juta tiga tahun lalu.

AGC dalam satu kenyataan berkata, Nicky Liow telah membayar kompaun tersebut pada 29 Mei 2023, selain pelucuthakan bon berjumlah RM647,366 serta pelucuthakan harta-harta yang disita.

“Jabatan ini menegaskan bahawa keputusan yang diambil itu adalah selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan.

“Ia juga telah dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan keterangan daripada hasil siasatan secara keseluruhan tanpa dipengaruhi tekanan luar atau sentimen awam, dengan mengambil kira integriti proses pendakwaan serta keperluan untuk memastikan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, AGC berkata, Nicky Liow telah didakwa dengan 26 pertuduhan atas kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] pada 12 April 2022 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Menurut kenyataan itu, surat representasi yang dikemukakan oleh pihak Nicky Liow telah diteliti dan dikaji dengan terperinci.

Jelas AGC, berdasarkan keseluruhan keterangan sedia ada serta penilaian dan pertimbangan pendakwaan, pihaknya bersetuju untuk menawarkan kompaun berjumlah RM10 juta.

“Jumlah tersebut telah dipersetujui oleh Nicky Liow dan telah dibayar pada 29 Mei 2023. Dalam masa yang sama, selain pembayaran RM10,000,000 tersebut, penyelesaian ini juga merangkumi pelucuthakan bon berjumlah RM647,366 serta pelucuthakan harta-harta yang disita.

“Lanjutan daripada pembayaran kompaun tersebut, selaras dengan peruntukan Seksyen 92 Akta 613, Jabatan ini telah menarik balik pertuduhan terhadap Nicky Liow.

“Pada 15 Jun 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah memerintahkan agar Nicky Liow dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: AGCjabatan peguam negarakompaunNicky Liow Soon HeePengubahan Wang HaramPertuduhan MahkamahRM10 Juta
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Calon PH PRN Negeri Sembilan Hadapi Pertuduhan Mahkamah Klinik Perubatan Tidak Berdaftar

Calon PH PRN Negeri Sembilan Hadapi Pertuduhan Mahkamah Klinik Perubatan Tidak Berdaftar

06/08/2026
0

SEREMBAN - Bekas calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dihadapkan...

Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM36 Juta

“Mungkin Berkat Menderma” – Akmal Sindir DNAA Nicky Liow

30/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir perkembangan terbaharu membabitkan ahli perniagaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd