• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik Berasaskan Kaum Formula Menang PRU15 – KJ

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Politik Malaysia pada masa ini lebih cenderung kepada politik berasaskan kaum yang dilihat sebagai jalan terbaik untuk sesebuah parti menang dalam pilihan raya dan memerintah negara.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beberapa siri pilihan raya umum (PRU) akan datang bersandarkan pola politik berasaskan kaum, sama ada rakyat suka atau tidak.

Menurutnya, politik berasaskan kaum dilihat lebih dekat di hati rakyat.

“Saya berada dalam UMNO sudah lama, tetapi apabila Pas menjalin kerjasama dengan UMNO, baru saya merasai lebih kesan itu. Saya ditolak (oleh ramai ahli UMNO) kerana tidak bersetuju dengan dengan politik identiti.

“Kini apabila UMNO bekerjasama dengan PAS, kita dapat rasakan inilah formula untuk menang, malah majoriti pengundi Melayu dan Islam akan berpegang kepadanya,” katanya merujuk tiga pilihan raya kecil (PRK) yang dimenangi BN selepas 9 Mei 2018.

Beliau berkata demikian pada Seminar Pasca PRU14: Implikasi kepada PRU15 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Pasca PRU14 menyaksikan tiga kemenangan BN dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau manakala PH memenangi PRK Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson dan Sandakan.

Katanya, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam tiga PRK itu telah mempercepatkan ‘perkahwinan’ UMNO dan PAS.

“Kemenangan ini berlaku kerana identiti politik kaum. Bagaimanapun, harus diingat kemenangan PRK selepas PRU14 bukanlah cerminan kepada pilihan rakyat pada PRU15,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga percaya dengan politik berasaskan kaum di mana beliau menubuhkan Bersatu yang tidak jauh bezanya dengan UMNO berasaskan Melayu dan Islam.

“Berbeza dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang berani menubuhkan parti pelbagai kaum (PKR) dan hal ini akan menyebabkan Anwar kurang sokongan orang Melayu.

“Jika Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri, ia akan mengukuhkan hubungan antara kaum tetapi kita dapat lihat UMNO dan PAS akan menyerangnya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Khairy JamaluddinPASPRU15UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd