• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10,000 Dijangka Hadiri Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO dan PAS menjangkakan Himpunan Penyatuan Ummah akan dihadiri 10,000 ahli dan penyokong parti sempena majlis menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada 14 September depan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, muafakat itu akan menjadi alternatif baharu kepada rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Menurutnya, perhimpunan itu nanti turut disertai parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA dan MIC serta rakan gabungan PAS dalam Gagasan Sejahtera.

“Tak kurang 10,000 dijangka hadir membabitkan pemimpin parti, ahli serta penyokong kedua-dua parti dan juga parti sahabat.

“Apa yang kita UMNO, Pas lakukan ini bersifat dinamik menjurus ke arah PRU15,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Piagam Muafakat Nasional akan ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mungkin peristiwa penyatuan kerjasama politik ini bakal menggusarkan Pakatan Harapan (PH), kami tidak kisah. Kerjasama ini menjurus kepada persiapan PRU15.

“Kerjasama UMNO dan PAS ini tidak seharusnya menjadi kekhuatiran kepada masyarakat bukan Islam di negara ini kerana ajaran Islam sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan masa depan semua kaum,” katanya. – Sinar Harian

Tags: himpunan penyatuan ummahHPU914PASPRU15UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd