• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Batin Lapor Polis Diugut Kena Undi PH

oleh
12/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Tindakan Senator Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad keluar kenyataan ‘pecat’ Tok Batin tidak sokong Pakatan Harapan (PH) terus dapat bantahan daripada Tok Batin di negeri ini.

Marah dengan kebiadaban wakil PKR tersebut, satu laporan polis berhubung isu ugutan senator terbabit dibuat oleh kumpulan wakil Tok Batin itu diketuai Pengerusi Batin Pahang, Norya Abas di Balai Polis Sungai Koyan di Lipis.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia berkata, kenyataan dibuat oleh Bob Manolan di Cameron Highlands semalam telah menimbulkan keresahan dalam kalangan Tok Batin di negeri ini sendiri.

Malah kata Norya, kenyataan tersebut yang bersifat ugutan politik itu juga telah mengguris hati Tok Batin walhal mereka sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dalam membangunkan kehidupan Orang Asli.

Baca: Tok Batin Diugut Undi PH Atau Dilucut Jawatan

Bob Manolan Mohamad

“Tidak sepatutnya seorang senator yang datang dari kaum kami sendiri tergamak mengeluarkan kenyataan yang sebegitu,, bahkan kami rasa beliau merendahkan dan memperlekehkan kepimpinan batin-batin di seluruh negara.

“Tujuan saya dan rakan-rakan membuat laporan bagi membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terperinci dan mengenakan tindakan mengikut undang-undang,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan ketua-ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan Persekutuan.

Amaran itu dinyatakan Bob Manolan pada sesi dialog dengan Tok-tok Batin di kubu Barisan Nasional di Pos Betau, Jelai sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cameron HighlandsOrang AsliPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd