• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar Bangsa Johor yang perlu terus dibawa bersama dalam arus kemajuan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, komitmen itu diterjemahkan menerusi pelbagai usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti Orang Asli.

Menurut beliau, sepanjang tempoh 2023 hingga 2026, kerajaan Johor telah menyalurkan peruntukan keseluruhan hampir RM13 juta menerusi pelbagai inisiatif, geran dan sumbangan.

Peruntukan berkenaan termasuk Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang turut memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini.

“Di Johor, lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung merupakan sebahagian daripada keluarga besar Bangsa Johor yang perlu terus dibawa bersama dalam arus kemajuan negeri,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, Johor berbesar hati dipilih sebagai tuan rumah Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri.

Karnival berkenaan menghimpunkan seramai 432 atlet daripada enam kontinjen seluruh Semenanjung Malaysia yang berentap dalam tujuh acara sukan sepanjang tiga hari penganjuran.

Tujuh acara dipertandingkan adalah bola sepak, badminton, sepak takraw, bola jaring, boling, menyumpit dan batu seremban.

Onn Hafiz turut mengucapkan tahniah kepada semua atlet atas semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan serta kepada pemenang atas kejayaan masing-masing.

Beliau berharap penganjuran karnival itu mampu menjadi pemangkin untuk mencungkil lebih banyak bakat baharu dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Pada masa sama, Onn Hafiz berharap ia dapat memberi inspirasi kepada generasi muda Orang Asli untuk terus maju dan berjaya serta bersama-sama mencorak masa depan Johor dan Malaysia. – MYNEWSHUB

 

Tags: 00060 KampungBangsa JohorKeluarga BesarLebih 20Onn HafizOrang Asli
Share278Tweet174SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Rakyat Melaka Nilai Kepimpinan Berdasarkan Rekod Khidmat, Bukan Fitnah

Onn Hafiz Seru Rakyat Melaka Nilai Kepimpinan Berdasarkan Rekod Khidmat, Bukan Fitnah

25/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat Melaka supaya menilai kepimpinan berdasarkan rekod khidmat...

Individu Didenda RM1,000 Buat Iklan Online Mengelirukan, Baju Kurung Tetapi Jubah

Individu Didenda RM1,000 Buat Iklan Online Mengelirukan, Baju Kurung Tetapi Jubah

25/10/2026
0

PUTRAJAYA - Seorang individu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas mengaku salah membuat representasi mengelirukan dalam urus niaga pakaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd