• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden PAS Ketuai Serah Memo Bantah ICERD

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai rombongan 10 peserta himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ke dalam bangunan Parlimen, hari ini.

Mereka akan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil Jabatan Perdana Menteri yang antara lain bagi menzahirkan kebimbangan terhadap usaha menghapuskan hak Bumiputera dalam perlembagaan Malaysia.

Terdahulu, lebih 100 peserta berjalan dari kawasan Tugu Negara bermula jam 10.30 pagi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari pintu pagar bangunan Parlimen selepas dihalang anggota dan pegawai polis yang berkawal di situ.

Kehadiran individu terbabit mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mereka dilihat memegang beberapa sepanduk ‘ICERD adalah Malayan Union 2.0’ dan ‘Jangan Jual Kedaulatan Negara’ sambil melaungkan ‘Bantah ICERD’ dan ‘Allahuakbar’.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy mengesahkan Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk melaksanakan ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri, malah, daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof. – BH Online

Tags: bantahICERD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

AGC Bantah Permohonan Daim, Keluarga Cabar SPRM Beku Akaun

AGC Bantah Permohonan Daim, Keluarga Cabar SPRM Beku Akaun

12/06/2024
1

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd