KUALA LUMPUR – Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut kewarganegaraan.
Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah berkata, pihak berkenaan secara jelas telah menyentuh isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja)
“Harbi ultra kiasu bantah bina masjid di hadapan TRX, katanya akan cetus ketidakharmonian termasuk azan.
“Bina masjid, surau sah berperlembagaan. Guna wakaf dan zakat lagi. Binaan rumah ibadat haram, sah-sah haram.
“Dah sampai masanya dilucutkan kewarganegaraannya dan dihantar balik ke tempat asal usul,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Ridhuan Tee turut menegaskan parti politik diwakili pihak itu yang sebenarnya mencetuskan ketidakharmonian, tetapi masih belum diharamkan.
Mynewshub sebelum ini melaporkan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menggesa cadangan pembinaan Masjid Warisan di sebuah tapak di hadapan Menara TRX dibatalkan.
Beliau mendakwa, cadangan tersebut akan membawa kepada ketidakharmonian dan rasa tidak puas hati.
“Pelan ini akhirnya akan membawa kepada ketidakharmonian, rasa tidak puas hati dan malah pertembungan aktiviti kebudayaan dalam satu kawasan yang telah dibangunkan sebagai pusat komersial dan hiburan yang rancak di Kuala Lumpur sebagai sebuah metropolis dengan pandangan antarabangsa yang tersendiri.
“Adakah semua aktiviti dalam kawasan tersebut perlu dihentikan apabila azan disiarkan pada masa hadapan? Mengapa kita perlu mewujudkan sensitiviti yang boleh dijangka berlaku sedangkan pada masa ini tiada sebarang sensitiviti sedemikian? Idea yang tidak masuk akal ini mesti dibatalkan,” dakwanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah


