• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LRT3 Pun Ada Isu Pekerja Diberhentikan

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika isu kehilangan pekerjaan membelenggu pekerja projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2), kejadian sama sebenarnya telah berlaku kepada pekerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di mana ada antara mereka telah diberhentikan sementara.

Menurut sumber dalaman projek terbabit, masalah tersebut bermula selepas kerajaan mengkaji semula projek berkenaan menyebabkan ada kerja-kerja perlu dihentikan sementara menanti skop kerja baharu.

“Bagaimanapun sampai sekarang belum dimaklumkan skop kerja baharu walaupun dah masuk tiga bulan. Ini menyebabkan pekerja tidak boleh balik bekerja.

“Sebenarnya, LRT3 impaknya sama sahaja. Ada antara kami dibuang kerja, tetapi masalah ini senyap sahaja tidak kecoh sedangkan ramai dah dibuang kerja,” ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mengumumkan projek LRT3 dengan jarak sepanjang 37 kilometer dari Johan Setia, Klang ke Bandar Utama, Petaling Jaya akan diteruskan namun pada kos yang lebih rendah, iaitu RM16.63 bilion, berkurangan 47 peratus berbanding kos asal RM31.65 bilion.

Penjimatan bernilai RM15 bilion itu bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.

Mengulas lanjut, sumber terbabit memberitahu beberapa tapak projek seperti Klang, Shah Alam dan Damansara telah ditutup dan hanya aktiviti ‘underground’ sahaja yang beroperasi.

“Sekarang semua masih menunggu sebab tidak ada maklumat tentang bila kerja sambung semula. Tidak pasti bila, boleh jadi enam bulan dan boleh jadi setahun. Kami sendiri tidak boleh buat apa-apa,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: LRT3pekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd