• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

oleh Mynewshub
02/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati tiada keperluan untuk membina stesen bersaiz MRT bagi sebuah projek LRT.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua menerusi satu kenyataan media mendakwa, mereka telah mengutamakan fungsi dan kepraktisan berbanding kemewahan dan kemegahan dalam projek tersebut.

Dakwa mereka, langkah yang diambil termasuk mengurangkan bilangan tren dengan tempahan rolling stock dikurangkan daripada 42 set tren enam gerabak kepada 22 set tren tiga gerabak, selaras dengan kajian trafik penumpang sehingga tahun 2035 yang dijalankan oleh perunding bebas dan diluluskan SPAD.

“Penangguhan (bukannya pembatalan) pembinaan lima stesen LRT yang mempunyai unjuran permintaan penumpang awal yang rendah sehingga permintaan mewajarkan pembinaannya, dengan peruntukan teknikal disediakan supaya kelima-lima stesen LRT tersebut boleh dibina pada masa hadapan.

“Kelima-lima stesen tersebut sejak itu telah dimasukkan semula selaras dengan perkembangan semasa. Kerajaan kini telah menganugerahkan kontrak fasa kedua sebanyak RM5.3 bilion untuk kelima-lima stesen ini, penambahan bilangan tren dan lain-lain penambahbaikan.

“Oleh itu, nilai projek telah meningkat daripada RM16.63 bilion kepada RM21.93 bilion. Jumlah ini masih RM9.72 bilion lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion yang diluluskan semasa pentadbiran Najib,” dakwa mereka.

Dakwa mereka lagi, tarikh sasaran siap projek dilanjutkan daripada tahun 2020 kepada 2024 kerana sasaran asal tahun 2020 mustahil dicapai memandangkan hanya sembilan peratus projek telah siap menjelang pertengahan 2018.

Guan Eng dan Tony Pua mendakwa, pelanjutan itu menghapuskan kos pecutan iaitu bayaran premium kepada kontraktor untuk mempercepatkan kerja pembinaan, malah model PDP juga dimansuhkan.

“Dibawah model PDP, kontraktor memperoleh bayaran berdasarkan peratusan daripada jumlah kos projek. Semakin tinggi kos projek, semakin tinggi yuran yang diterima. Model ini mewujudkan insentif songsang kepada PDP untuk meningkatkan nilai projek.

“Model PDP tersebut telah ditukar kepada Kontrak Harga Tetap sekali gus memastikan tiada lebihan kos kepada kerajaan,” dakwanya.

Mereka mendakwa, projek LRT3 kini berjaya disiapkan dengan peningkatan dan penambahbaikan tambahan dilaksanakan yang membolehkan penjimatan kos projek awal melebihi RM9.72 bilion dengan harga akhir RM21.93 bilion berbanding harga asal RM31.65 bilion.

“Hasil daripada beban hutang projek yang lebih rendah, kerajaan juga dijangka dapat menjimatkan sehingga RM10 bilion lagi dalam kos faedah sepanjang tempoh 25 hingga 30 tahun.

“Kami ingin menegaskan semula bahawa penjimatan kepada Kerajaan Malaysia ini tidak dibuat dengan mengorbankan jumlah penumpang dan fungsi LRT.

“Penjimatan ini sebaliknya membolehkan kerajaan semasa dan kerajaan pada masa hadapan memperuntukkan semula dana kepada manfaat kebajikan lain untuk rakyat serta perbelanjaan pembangunan,” dakwa mereka. – MYNEWSHUB

Tags: BersaizLim Guan EngLRT3MRTprojekTiada KeperluanTony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

01/07/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penghargaan (credit) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd