• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

oleh Mynewshub
02/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan, terbengkalai atau digantung semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020.

Mereka dalam satu kenyataan bersama mendakwa, pentadbiran PH ketika itu menyokong sepenuhnya projek LRT3 dan menganggapnya sebagai projek kritikal dan penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian penduduk Lembah Klang.

Beliau mendakwa, isu yang timbul pada projek berkenaan adalah kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meluluskan RM9 bilion untuk projek LRT3, tetapi Prasarana menganugerahkan pelbagai Kontrak Pakej Kerja (WPC) berjumlah RM15.2 bilion pada Mac 2018.

“Prasarana pada Mac 2018 mengemukakan cadangan belanjawan projek baharu sebanyak RM31.65 bilion serta permohonan tambahan Jaminan Kerajaan sebanyak RM22 bilion bagi mendapatkan pembiayaan untuk projek tersebut,” dakwa mereka.

Guan Eng dan Tony Pua mendakwa, kerja-kerja projek diteruskan tanpa gangguan dan pentadbiran baharu bekerjasama rapat dengan Rakan Pelaksana Projek (PDP) yang dilantik iaitu MRCB-George Kent bagi merasionalisasikan kos projek.

Bagaimanapun, dakwa mereka, memandangkan projek LRT3 ketika itu hanya siap sebanyak sembilan peratus, mereka mengambil peluang untuk melantik perunding kejuruteraan bebas bagi meneliti dan mencadangkan langkah-langkah rasionalisasi demi memastikan akauntabiliti yang sewajarnya terhadap projek tersebut.

Dakwa mereka, langkah itu penting kerana terdapat banyak hutang luar kunci kira-kira yang “tersembunyi” yang telah ditanggung semasa pentadbiran Najib.

“Ini adalah tambahan kepada puluhan bilion ringgit hutang yang ditanggung akibat skandal 1MDB bernilai RM50 bilion,” dakwa mereka lagi.

Mereka turut mendakwa, mandat semakan tersebut menetapkan bahawa saiz dan skala
projek mestilah memenuhi permintaan penumpang berdasarkan kajian trafik, serta perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

“Jemaah Menteri telah meluluskan semakan kos menurun sebanyak 47 peratus, daripada
RM31.65 bilion kepada RM16.63 bilion, iaitu penjimatan sebanyak RM15.02 bilion,” dakwa mereka. – MYNEWSHUB

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Tun RazakDiturunkanHutang TersembunyiKos ProjekLim Guan EngLRT3projekTony Pua
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd