• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Bantah Pengambilan Padang Bola Di Tok Bali

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Hampir 1,000 penduduk Kampung Haji Wan Omar, Tok Bali di sini, mengadakan demontrasi aman bagi membantah cadangan kerajaan negeri mengambil alih padang bola di kampung itu untuk dimajukan dengan projek perumahan bernilai tinggi.

Penduduk, kebanyakannya bekas peserta projek tanaman tembakau Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), diketuai Che Awang Ismail, 53, mendakwa sekumpulan pegawai dari Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Pasir Puteh telah mengadakan kerja-kerja ukur dan menanam batu sempadan sejak tiga hari lepas bagi tujuan itu.

Che Awang mendakwa kerajaan negeri bercadang ingin memecahkan kawasan tersebut kepada 20 lot berkeluasan 7,000 kaki persegi dan akan dijual dengan harga RM350,000 setiap lot.

“Dahulu kawasan ini diberi kepada peserta tanaman tembakau sejak 1982 sebelum ia dihentikan. Kami tak bantah jika ia dibangunkan dengan projek awam seperti pembinaan sekolah, hospital ataupun projek perumahan awam.

“Padang bola berkenaan amat penting kepada penduduk di sini terutama golongan belia yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat beriadah dan aktiviti kemasyakatan,” katanya ketika ditemui mengadakan bantahan di kawasan tersebut di sini, hari ini.

Seorang lagi peserta, Mek Munah Daud, 67, berharap pihak berkenaan dapat mengadakan sesi dialog dengan penduduk bagi menyelesaikan masaalah itu dalam tempoh terdekat.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata terdapat salah faham dalam kalangan penduduk mengenai projek itu.

Beliau berkata kerajaan negeri akan membina Hospital Islam, bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali dan projek perumahan awam bagi penduduk setempat.

“Rizab padang bola seluas 0.92 hektar masih disediakan. Bagi saya apa yang berlaku sudah selesai,” katanya. – BERNAMA

Tags: bantahpadang bola
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN) membantah cadangan membawa masuk jururawat dari Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd