• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Hadapi 26 Tuduhan Ubah Wang Haram

oleh Ahmad Albab
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 26 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.

Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu, yang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh dari Kampung Sungai Soi di sini didakwa melakukan kesalahan itu di pelbagai bank komersil seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank di sekitar daerah ini di antara 27 Nov 2015 hingga 30 Jun 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan akaun semasa pelbagai syarikat, menerima wang dalam pelbagai jenis mata wang seperti ringgit, bhat, rupiah dan riyal serta menggunakan wang haram untuk membeli pelbagai premis di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah suseksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Seksyen itu memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah kesalahan terlibat atau RM5 juta ringgit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Idamasliza Maarof memberitahu mahkamah bahawa Sheikh Saidey Nor juga dituduh bagi satu kesalahan serupa pada 2016 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan memohon supaya kes hari ini dipindahkan ke sana.

“Jika peguam bela tidak membantah kes dibicarakan bersama, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang diberikan di Kuala Lumpur terpakai pada kes hari ini,” katanya.

Peguam S.M Karunanathan menjawab pihaknya tidak mempunyai bantahan dan bersetuju dengan jaminan itu, yang telah dijelaskan tertuduh sebelum ini.

Siti Aminah membenarkan permohonan itu dan kes ditetapkan untuk sebutan semula di Kuala Lumpur pada 11 Jan depan. – BERNAMA

Tags: PengarahPengubahan Wang Haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd