• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

PUTRAJAYA – Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sepatutnya diputuskan hari ini.

Ia apabila keputusan kes tersebut terpaksa ditangguhkan apabila seorang daripada hakim dalam panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit selama dua hari.

Perkara itu diumumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais di awal prosiding pada pukul 9.30 pagi tadi dan hanya beliau hakim yang menghadiri prosiding ini.

Abu Bakar berkata, beliau dan Datuk Collin Lawrence Sequerah ada di mahkamah, tetapi Che Mohd Ruzima tidak hadir kerana mereka diberitahu beliau tidak sihat dan bercuti sakit selama dua hari bermula hari ini.

“Kami sebenarnya sudah bersedia dengan keputusan, tetapi malangnya perkara yang tidak diduga ini berlaku hari ini, bagaimanapun kami bersedia untuk untuk menyampaikan keputusan pada 13 Julai ini,” katanya seperti dilaporkan media.

Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta, tetapi Mahkamah Rayuan kemudian membebaskan beliau sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada ketika itu, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018

Pengasas parti MUDA itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. – MYNEWSHUB

 

Tags: Ahli Parlimen MuarDAPHakim Cuti SakitHannah Yeohkeputusanmahkamah persekutuanParti MUDApecah amanahPengubahan Wang HaramSyed Saddiq Syed Abdul Rahmantangguh
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau akan terus memperjuangkan isu rasa tidak puas hati masyarakat bukan...

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd