• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mobile CTC: Bawa Perkhidmatan JIM Kepada Masyarakat

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) bagi menawarkan perkhidmatan jabatan itu di kawasan luar bandar.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata sebagai permulaan, perkhidmatan yang menggunakan sebuah bas itu tertumpu kepada urusan memproses permohonan dan memperbaharui pasport.

Beliau berkata Mobile CTC, yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk, Perak semalam, akan digerakkan ke kawasan yang tidak mempunyai pejabat JIM dan turut menawarkan perkhidmatan kaunter pertanyaan bagi sebarang hal berkaitan jabatan itu.

“Mobile CTC ini dilengkapkan dengan sistem seperti mana di pejabat JIM yang antara objektifnya adalah untuk memudahkan masyarakat, khususnya di kawasan yang jauh dari pejabat Imigresen hadir mendapatkan perkhidmatan masing-masing.

“Kami menugaskan antara enam hingga lapan orang pegawai yang kompeten bagi melaksanakan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kemampuan menjawab pelbagai soalan masyarakat berkaitan jabatan setiap hari,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

​​​​​​​Mengenai permohonan pasport, Mustafar berkata perkhidmatan pertama seumpamanya di dunia itu boleh disiapkan dalam tempoh satu jam namun buat masa ini, dokumen yang telah siap diproses hanya boleh dituntut di pejabat JIM yang berdekatan atau di mana-mana cawangan jabatan itu yang dipilih pelanggan.

“Mobile CTC belum mempunyai keupayaan menyediakan mesin pencetak pasport di atas bas atas faktor teknikal tetapi hal itu akan cuba diselesaikan dalam waktu terdekat,” katanya.

Mustafar memberi jaminan bahawa aspek keselamatan pasport dan ‘originaliti’ dokumen tidak boleh diambil mudah.

Beliau berkata dengan pegawai yang kompeten, Mobile CTC mampu mengendalikan sehingga 300 permohonan pasport dalam sehari.

“Dengan Mobile CTC, kita juga menyasarkan untuk turun ke kawasan yang paling banyak mendapat permohonan membuat pasport, berdasarkan rekod jabatan seperti institusi pendidikan dan dengan cara ini, banyak perkara dapat dijimatkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Imigresenmasyarakat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rogol Beramai-Ramai, 4 Pemuda Kena Jel 15 Tahun

Next Post

60 Penuntut Kolej Vokasional Muar Keracunan Makanan

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

Next Post

60 Penuntut Kolej Vokasional Muar Keracunan Makanan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd