Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Pemimpin DAP Tidak Gembira...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata...

Bekalan Air Di Hulu...

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di kawasan Zon 2, Hulu Langat meliputi...

Semua Pendaki Gunung Kinabalu...

KUNDASANG - Semua pendaki Gunung Kinabalu termasuk kakitangan yang bertugas selamat turun dari...

Najib Tiba Di Jeddah...

JEDDAH - Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Jeddah untuk memulakan...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan (PeWA) selama dua hari, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, sekumpulan warga asing seramai 59 orang termasuk lima kanak-kanak lelaki ke padang bola dekat Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus di sini, untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang dianjurkan sesama mereka di situ, kira-kira jam 5.30 petang.

Ketika serbuan, ada antara warga asing yang lengkap memakai jersi cuba melarikan diri, tetapi gagal selepas kawasan itu dikepung pegawai dan anggota penguat kuasa imigresen dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Imigresen negeri, Azhar Abd Hamid, berkata hasil pemeriksaan tiga lelaki Bangladesh dan 10 Myanmar berusia antara 20 dan 50 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, warga asing tanpa izin (PATI) itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihantar ke Depot Imigresen Ajil.

“Serbuan dan tangkapan warga asing yang sedang bermain bola sepak serta menyokong pasukan itu dilakukan selepas risikan dan maklumat orang ramai,” katanya kepada media di Pejabat JIM negeri, di sini, hari ini.


Yang turut hadir adalah Timbalan Pengarah JIM negeri, Mat Amin Hassan.

Sementara itu, Azhar berkata, seramai 59 warga asing yang memandu kenderaan tanpa lesen turut ditahan dalam operasi itu bertujuan membanteras kegiatan pemanduan warga asing tanpa lesen.

Katanya, warga asing yang ditahan kerana tidak memiliki lesen itu ditahan ketika membawa kenderaan di beberapa lokasi termasuk di daerah Kuala Nerus.

“Warga asing yang ditahan itu dibawa ke dewan JPJ negeri untuk siasatan lanjut.

“Selepas memeriksa dilakukan, enam warga asing masing-masing tiga lelaki Bangladesh, satu (kemboja) dan dua daripada Myanmar ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori