• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Penuntut Kolej Vokasional Muar Keracunan Makanan

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seramai 60 pelajar Kolej Vokasional Muar, di sini yang mengalami muntah-muntah dan cirit birit sejak semalam dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), akibat keracunan makanan.

Pengarah HPSF Dr Selahuddeen Abdul Aziz berkata mereka dibawa ke hospital itu kira-kira 10 malam tadi dan dua pelajar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan terpaksa ditahan untuk rawatan lanjut.

“Dua pelajar berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun itu ketika ini berada dalam keadaan stabil dan punca keracunan sedang disiasat oleh Jabatan Kesihatan negeri,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya difahamkan, pelajar terbabit mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis makan malam tahunan di kolej tersebut pada Sabtu lepas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata hidangan kupang secara ‘shell out’, terdiri daripada kupang, udang dan ketam yang disertakan dengan sambal dipercayai punca pelajar mengalami keracunan.

Siasatan awal mendapati, 380 pelajar dan guru terdedah kepada keracunan, namun hanya kira-kira 100 pelajar terlibat manakala selebihnya berada dalam keadaan terkawal.

Ayob dalam kenyataan di sini berkata makanan tersebut, disediakan oleh dapur asrama kolej itu dan pihaknya turut mengarahkan penutupan dapur berkenaan selama tiga hari hingga esok bagi tujuan siasatan.

Katanya hingga kini, masih ada pelajar yang mengadu sakit perut dan mereka dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri terutama selepas ke tandas.

“Mereka perlu memastikan pengambilan oral yang mencukupi bagi mengembalikan hidrasi tubuh dan pengendal Penuntut i makanan juga dinasihatkan untuk menyediakan makanan secara bersih,” katanya. – BERNAMA

Tags: Keracunan Makanankolej
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd