• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

oleh Mohd Arshad
22/06/2025
dalam Jenayah
0
Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah di Kajang dan ibu kota, yang disyaki terbabit dalam aktiviti pelupusan e-waste haram serta sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata serbuan dijalankan pada Khamis lalu oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Operasi bermula pada jam 11 pagi dibuat berdasarkan aduan awam dan risikan selama dua minggu ke atas premis kilang yang disyaki menjalankan pelupusan sisa elektronik secara haram di kawasan perindustrian Pulau Indah.

“Pemeriksaan ke atas 42 individu mendapati 39 daripadanya adalah warga asing, manakala tiga lagi warga tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, seramai 39 warga asing ditahan terdiri daripada empat lelaki dan 12 wanita warga China serta 27 lelaki warga Bangladesh berusia antara 25 hingga 49 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Zakaria berkata, pasukan operasi seterusnya menjalankan serbuan kedua di kawasan perumahan mewah di Kajang dan Kuala Lumpur yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti penipuan dalam talian.

“Hasil pemeriksaan, Imigresen menahan sembilan warga asing terdiri daripada empat lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan warga China serta seorang lelaki warga Taiwan.

“Semua yang ditahan berusia antara empat hingga 43 tahun dan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak tujuh saman kepada saksi turut dikeluarkan dan semua warga asing yang ditahan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi terhadap warga negara asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.

“Tindakan tegas turut akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

-Berita Harian

Tags: E-wasteImigresenPenipuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

Next Post

Kebakaran Stor: Cecair Hitam Dipercayai Minyak Dikhuatiri Mengalir Ke Selat Tebrau

Related Posts

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

07/02/2025
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 warga asing ditahan dalam serbuan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti melerai buangan elektrik dan elektronik...

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan...

Next Post
Kebakaran Stor: Cecair Hitam Dipercayai Minyak Dikhuatiri Mengalir Ke Selat Tebrau

Kebakaran Stor: Cecair Hitam Dipercayai Minyak Dikhuatiri Mengalir Ke Selat Tebrau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd