• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesihatan Pekerja Malaysia Tahap Membimbangkan

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesihatan pekerja di negara ini di tahap membimbangkan dengan sebahagiannya mengalami masalah kesihatan, menurut maklumat yang diperoleh daripada Program Saringan Kesihatan yang dijalankan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata menurut statistik itu, 73 peratus daripada pencarum Perkeso yang menjalani saringan kesihatan mempunyai masalah berat badan, kencing manis (sembilan peratus), tekanan darah tinggi (27 peratus) dan kadar kolestrol tinggi (62 peratus).

“Statistik itu menunjukkan kurangnya kesedaran dalam kalangan pekerja khususnya pencarum Perkeso dalam penjagaan kesihatan. Kesedaran mengenai penjagaan kesihatan amat penting bagi memastikan pekerja kekal sihat untuk bekerja dan menyumbang kepada organisasi dan keluarga,” katanya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Run and Ride Perkeso serta menyempurnakan majlis prapelancaran Hari Pekerja 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menggalakkan pekerja mengamalkan gaya hidup sihat, namun ia adalah tugas mencabar memandangkan mereka kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan.

Pada majlis itu, lebih 5,000 peserta menyertai Run and Ride Perkeso yang turut disertai Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adenan Ab Rahman; Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed. – BERNAMA

Tags: kesihatanpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd