• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

oleh Mynewshub
15/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan.

Mynewshub difahamkan, Najib yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO menjalani pemeriksaan menggunakan mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

“Mengenai kesihatan DSN (Najib), beliau berada dalam keadaan baik. Cuma menjalani pemeriksaan MRI, tetapi perkara itu menyebabkan ramai penyokong dan orang ramai melahirkan rasa prihatin serta simpati,” kata sumber yang rapat dengan keluarga beliau.

Terdahulu, beberapa pihak menerusi hantaran di media sosial menyeru orang ramai agar mendoakan kesejahteraan dan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah menerusi satu hantaran mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan rahmat kepada Najib sekiranya beliau sedang diuji dengan masalah kesihatan.

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan rahmat-Mu kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Jika benar beliau sedang diuji dengan
kesakitan, maka angkatlah kesakitan itu, permudahkan segala urusannya, kurniakanlah rawatan yang terbaik serta kesembuhan yang sempurna. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu,” katanya.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Zamil Ibrahim mengajak orang ramai mengadakan solat hajat dan doa selamat untuk Najib pada 18 Jun ini.

Beliau turut menggesa masjid, surau dan pusat tahfiz menganjurkan majlis berkenaan bagi memohon agar segala urusan kesihatan dan kesejahteraan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dipermudahkan.

Pada masa sama, beberapa laman penyokong Najib turut memuat naik hantaran mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan.

“Semoga Allah SWT terus memelihara dan melindungi beliau serta mengurniakan kesejahteraan yang berterusan,” menurut hantaran berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Najib Tun RazakkesihatanMRIPemeriksaan Kesihatanstabil
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Laman Facebook milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Johor supaya keluar...

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) berpegang kepada satu matlamat demi Bangsa Johor iaitu memastikan Johor terus aman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd