• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Ummi Hajidah Dalam SPM Kerana Menghormati Guru

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Bagi Ummi Hajidah Mohamad Asri, kejayaannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah kerana dia sentiasa menjaga hubungan baik dan menghormati gurunya.

“Saya sentiasa ingat sejauh mana usaha dilakukan, kita tidak boleh sesekali bersikap buruk terhadap guru untuk mendapat ilmu yang berkat,” katanya yang dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2015 bagi negeri Perlis.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar ini berkata menjaga hubungan dan menghormati guru merupakan dua perkara yang menjadi prinsipnya dalam menempah kejayaan dalam pelajaran.

Ibunya Saira Banu Daud pula berkata beliau hanya mampu memberi galakkan dan panduan kepada Ummi Hajidah, manakala selebihnya adalah usaha gigih anaknya sendiri serta guru-gurunya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mencurahkan ilmu sehingga anak saya memperoleh keputusan cemerlang. Walaupun saya juga guru, namun saya belum mampu membuat seperti mereka,” katanya.

Menurutnya, anaknya sering memberitahu mengenai ketekunan guru-gurunya mengajar dan memastikan mereka benar-benar memahami subjek yang diajar. – BERNAMA

Tags: GuruSPM
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd