KUALA LUMPUR – “Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dah tahu pun UEC takkan diiktiraf”
Demikian hantaran oleh pemilik akaun media sosial Ng Sing Phing berhubung isu pengiktirafan UEC untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
Menurut beliau, sebenarnya lebih ramai pelajar SMPC ambil kedua-dua Peperiksaan UEC dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka mereka boleh masuk Universiti Awam dengan keputusan SPM.
Ujar beliau, masalah timbul apabila DAP kerap menggunakan isu UEC untuk ‘menghentam’ Barisan Nasional (BN) dan MCA sejak berpuluh tahun lalu.
“Tahun 2018, ada di kalangan mereka yang membuat video mengatakan Pakatan Harapan (PH) janjikan sekiranya PH menjadi kerajaan, akan mengiktiraf UEC sepenuhnya tanpa syarat.
“Ini adalah salah satu sebab masa itu BN ditolak komuniti Cina kerana terpedaya dengan DAP perihal UEC. Depa ini nak timbulkan isu seolah-olah UEC ni identiti kaum yang terpenting,” katanya.
Sing Phing seterusnya berkata, beliau merupakan lulusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang mengambil SPM , tetapi boleh menulis, membaca dan berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin.
“Bukan sahaja di Malaysia, malah di China, dengan pegawai kedutaan China pun tiada masalah.
“Bahasa ibunda itu penting. Sing Phing mesti mahu belajar Bahasa Ibunda, dan UEC bukannya satu-satunya cara untuk pertahankan Bahasa Ibunda.
“Kita anak Malaysia. Maka berperangailah seperti anak Malaysia dulu,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ng Sing Phing


