• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) berhubung keperluan warga sekolah menandatangani Aku Janji Polisi Perlindungan Murid.

Menurut beliau, SPI KPM bertarikh 1 Julai 2026 yang ditandatangani KPPM menyatakan warga sekolah wajib menandatangani Aku Janji Polisi Perlindungan Murid.

“Tapi bila saya tonton Dialog Polisi Perlindungan Murid, Datuk KPPM sendiri kata guru tak wajib tandatangan aku janji. Mana satu yang betul?,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan di media sosial mendakwa kegusaran yang dibangkitkan guru berkaitan pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah KPM telah terjawab.

Menurut beliau, ia susulan KPPM, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Dr. Farah Nini Dusuki serta seluruh pasukan mengambil inisiatif mengadakan sesi penerangan malam tadi.

“Alhamdulillah, kami menerima banyak maklum balas positif daripada para guru yang mengikuti sesi ini.

“Banyak persoalan dapat dijawab dan beberapa perkara yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan kini dapat difahami dengan lebih jelas,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Anuar Ahmad/Fadhlina Sidek

Tags: Aku JanjidialogDr. Anuar AhmadGuruKenyataanKetua Pengarah Pendidikan MalaysiaKPPMmengelirukanpakar pendidikanPolisi Perlindungan Murid.Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)tandatangan
Share248Tweet155SendShare

Related Posts

Pakar Pendidikan Persoal Isu 30% Ekuiti Bumiputera Dalam IPS Digugurkan

Pakar Pendidikan Persoal Isu 30% Ekuiti Bumiputera Dalam IPS Digugurkan

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memperjelaskan strategi alternatif bagi memastikan pemilikan Bumiputera dalam industri pendidikan swasta terus diperkasakan susulan 30...

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan pihak yang sering mendakwa rakyat terpaksa menanggung hutang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd