• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertuduh Lolos Daripada Tahanan Polis Dipenjara 18 Bulan

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat melarikan diri daripada tahanan polis untuk berjumpa anak berusia dua bulan, seorang tertuduh kes samun hari ini dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Dahalan Abdul Ghani, 30, tunduk sambil menekup mukanya selepas Majistret Nurul Ain Abdul Rahim memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 7 Mac lepas.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan melarikan diri daripada tahanan polis semasa dia dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan kesnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lorong laluan kenderaan di belakang lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pukul 8.30 pagi, 23 Feb lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Nurul Ain berkata mahkamah tidak boleh mempertimbangkan hukuman ringan berdasarkan faktor tertuduh tiada ciri-ciri orang yang telah insaf atas perbuatannya.

“Macam mana saya nak pertimbangkan hukuman ringan, dengan rekod lampau kamu banyak melibatkan kes dadah, langgar syarat mahkamah, dan bergaduh, kini kamu lari pula daripada tahanan polis,” katanya.

Ketika rayuan, Dahalan yang tidak diwakili peguam, berkata dia lari disebabkan marah diletakkan dengan tahanan yang bergaduh dengannya, selain tidak dibenar diikat jamin bagi kes samun yang sedang dihadapi di Mahkamah Sesyen, untuk berjumpa dengan anaknya yang baru berusia dua bulan.

Apabila ditanya Nurul Ain bagaimana dia boleh melepaskan diri daripada tahanan polis, Dahalan memberitahu mahkamah selepas turun dari trak polis, dia terus menyorok di satu kawasan di dalam Kompleks Mahkamah.

Setelah yakin tiada orang di kawasan itu, dia terus melarikan diri dan pulang ke rumah untuk melawat anaknya. Menurut fakta kes, Dahalan ditahan semula pada 7 Mac lepas di Jinjang, Sentul berhampiran rumahnya.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melarikan diri daripada tahanan polis. – BERNAMA

Tags: PenjaraTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd