• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Jalankan Operasi Besar-Besaran Sasar Penunggang Motosikal

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan operasi besar-besaran khusus bagi mengesan penunggang motosikal yang melanggar peraturan jalan raya termasuk mengubah suai kenderaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia susulan peningkatan statistik ‘Ops Selamat’ sempena Tahun Baharu Cina Februari lepas yang menunjukkan peningkatan jumlah kemalangan dan kematian dengan pengguna motosikal merekodkan jumlah kematian tertinggi.

“Dalam operasi ini, kita akan kesan pengguna motosikal yang ubah suai motosikal mereka dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan… ada juga pengguna motosikal yang sengaja merosakkan lampu brek kerana tidak mahu orang melihat nombor pendaftaran mereka.

“Kita akan jalankan operasi dalam masa terdekat…buat masa ini kita bagi peluang dahulu kepada mereka untuk menukar semula apa yang telah diubah suai dan memperbaiki apa yang rosak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen/Daerah Terbaik Ops Selamat 6/2015 Sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 15 pemandu berhemah menerima anugerah berdasarkan rekod bersih pemandu, pematuhan terhadap undang-undang serta cara pemanduan.

Khalid berkata kompaun yang dikenakan semasa operasi akan datang itu tidak boleh mendapat pengurangan bayaran sambil menambah polis perlu lebih agresif dalam menjalankan penguatkuasaan sebagai usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.

Berhubung statistik Ops Selamat 6/2015, Khalid berkata 17,632 kes kemalangan direkodkan sepanjang 15 hari operasi itu, iaitu peningkatan 2,796 kes berbanding Ops Selamat lalu.

“Jumlah kemalangan maut turut meningkat sebanyak 34 kes iaitu daripada 186 kes berbanding 152 kes tahun lalu dengan 122 kemalangan maut direkodkan oleh penunggang motosikal.

“Selari dengan peningkatan kemalangan maut, jumlah kematian juga meningkat iaitu sebanyak 199 kes berbanding 159 kes,” katanya.

Tambahnya, meskipun statistik bagi semua kemalangan meningkat namun ia masih rendah berbanding hari-hari biasa.

“Purata kemalangan harian ialah 1,300 kes tetapi Ops Selamat enam dapat mengurangkan purata kemalangan kepada 1,100 kes sehari,” kata Khalid.

Sementara itu, beliau berkata analisis kes pecah rumah sepanjang Ops Selamat kali ini juga memperlihatkan penurunan 151 kes iaitu 787 kes berbanding 938 kes sebelumnya. – BERNAMA

Tags: motosikalPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd